Misi Bantuan Ramadan 2021 : Syria & Palestin

RM362,504 of RM800,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

Misi Bantuan Ramadan 2021 : Syria & Palestin

Bulan Ramadan telah tiba dan kami di MVM masih meneruskan lagi misi tahun ini iaitu usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki dan di Gaza, Palestin.

Tidak seperti kita hidup di Malaysia yang aman dan selesa meraikan bulan Ramadan, tetapi di negara mereka di Syria dan Palestin penuh dengan ancaman bom dan hidup dalam ketakutan serta serba kekurangan dalam keperluan makanan harian.

Mereka disana hidup kais pagi makan pagi tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Ramai yang kebuluran malah ada yang mati akibat daripada kekurangan tersebut.

Apatah lagi untuk persediaan di bulan Ramadan ini. Apakah ada makanan sahur atau berbuka untuk mereka jamah bersama keluarga mereka?

Justeru itu, tahun 2021 ini, MVM masih meneruskan lagi Misi Bantuan Ramadan 2021 : Syria dan Palestin dengan kerjasama sahabat NGO kami iaitu Malaysia For Syria (MFS), Cinta Gaza Malaysia (CGM) dan Bonyan Organisation demi meraikan saudara-saudara kita di Syria dan Palestin di bulan Ramadan ini.

Objektif misi Ramadan Syria Palestin kali ini:  

  • Memberikan bantuan makanan berbuka puasa kepada golongan pelarian Syria dan Palestin dengan berpaksikan segmentasi MVM Relief bagi meringankan beban mangsa perang di Syria.
  • Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Syria dan Palestin selari dengan sasaran Pembangunan Mampan (SDG), sasaran kedua, sifar kelaparan.
  • Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Syria dan Palestin

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 20,000 orang pelarian Syria dewasa & kanak-kanak dan pelarian Palestin 10,000 orang pelarian dewasa dan kanak-kanak.

Lokasi Bantuan : 

  • Kem-kem pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
  • Kem-kem pelarian di Sempadan Turki – Syria
  • Gaza, Palestin

Sudikah anda berkongsi rezeki bersama pelarian Syria ini?

Bantuan Diberikan:

Syria:

  • Pek rezeki (Barangan asas dapur) (RM150)
  • Pek Iftar dan Sahur (Pek Makanan panas) (RM50)
  • Pek Riang Ria (Baju raya & alat mainan untuk anak yatim Syria) (RM100)
  • Pek Kebersihan (Sabun, Shampoo etc.) (RM50)

Palestin:

  • Pek Iftar Ramadan (RM125)
  • Pek Baju Raya Baru (RM125)
  • Pek Sayuran (RM110)
  • Pek Daging Raya (Seekor Lembu/ RM13,300)
  • Sinari Ramadanmu (Bantuan Pencahayaan Elektrik LED) (RM290)

Sasaran keseluruhan kempen : RM800,000.00

  • 1 Tajaan Umum : RM30 sahaja / keluarga atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Ramadan Syria Palestin

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 20 000 pelarian Syria dan 10,000 pelarian palestin demi kelangsungan hidup mereka disana.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Idlib Syria dan Gaza, Palestin ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

 

 

 

 

 

Misi Bantuan Ramadan 2021 : Syria & Palestin

RM362,504 of RM800,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00