Misi Bantuan Pendidikan Dan Sara Hidup : Save Uyghur 1.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Misi Bantuan Pendidikan Dan Sara Hidup : Save Uyghur 1.0 

MVM melancarkan Misi Bantuan Pendidikan dan Sara Hidup : Save Uyghur 1.0 dengan kerjasama sahabat NGO Indonesia, Aksi Cepat Tanggap (ACT)

Sejarah Uyghur

Kaum Uyghur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan.

Majoriti penduduk Xinjiang ialah kaum Uyghur yang mempunyai agama (Islam) dan Bahasa (Uyghur) tersendiri. Uyghur adalah etnik terbesar di Xinjiang, diikuti oleh Han, Kazakh, Tibet, Kyrgyz, Mongol dan juga Russia.

Istilah Uyghur bermaksud Penyatuan atau Kerjasama. Diambil daripada perkataan Turki dan cara menyebut perkataan Uyghur adalah “Oy-Ghur”.

Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Mongol. Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road) di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh mereka terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Kenapa Bantu Uyghur? 

  1. Aktiviti agama Islam mula dikawal oleh pihak berkuasa. Untuk menubuhkan masjid dan sekolah-sekolah agama Islam juga perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan China. Hari ini, mereka dilarang keras untuk solat di masjid-masjid.
  2. Kerajaan tempatan Xinjiang melarang kepada mana-mana penjawat awam Muslim daripada berpuasa semasa bulan Ramadan
  3. Penindasan terhadap muslim Uyghur terus berlaku apabila ada di antara mereka yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan mereka telah diseksa dan dikurung tanpa alasan yang munasabah. Isteri dan anak-anak mereka dipisahkan tanpa sebab dan anak-anak mereka dipaksa untuk belajar ajaran lain selain ajaran Islam.

Sahabat, sudilah bersama kami di MVM bagi membantu keluarga-keluarga Uyghur ini terus bertahan demi kelangsungan hidup mereka.

Atas rasa keprihatinan dan kemanusiaan, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Aksi Cepat Tanggap (ACT) dalam memberikan bantuan pendidikan dan sara hidup keluarga Uyghur yang menjadi pelarian di bandar Istanbul dan Kayseri, Turki.

Setelah hampir sebulan, kami di MVM membuat persediaan dan berdiskusi bersama ACT, hari ini kami melancarkan Misi Bantuan Kecemasan : Save Uyghur 1.0 bagi fasa pertama.

Sasaran kami adalah untuk menghantar bantuan pek makanan dan juga pendidikan kepada keluarga dan anak-anak Muslim Uyghur selama 11 bulan bermula hari ini sehingga Disember 2020.

Jenis bantuan yang akan disalurkan :

  • Bantuan Pek Makanan keluarga Muslim Uyghur (100 keluarga)
  • Tajaan Pendidikan Hafiz Anak Yatim Muslim Uyghur (280 pelajar hafiz)
  • Tajaan Pendidikan Anak-anak Muslim Uyghur (150 pelajar)
  • Tajaan Sokonga Guru (60 orang)

Dana sumbagan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM688,000 selama 11 bulan.

Kami telah merangka gerak kerja bantuan secara berperingkat iaitu merangkumi 4 fasa. Sasaran setiap fasa adalah sebanyak RM172,000

  • Tempoh sumbangan Fasa 1 : Bermula 24 Januari sehingga 25 April 2020
  • Tempoh sumbangan Fasa 2 : Bermula 26 April sehingga 25 Jun 2020
  • Tempoh sumbangan Fasa 3 : Bermula 26 Jun 2020 sehingga 25 Ogos 2020
  • Tempoh sumbangan Fasa 4 : Bermula 26 Ogos 2020 sehingga 26 Disember 2020

Kami dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk bersama-sama MVM dan ACT berjuang membela nasib saudara Muslim Uyghur yang kini menjadi pelarian di sekitar bandar Istanbul dan Kayseri di Turki.

Anda boleh menghulurkan sumbangan dengan nilaian seperti berikut :

  • 1 Tajaan Bantuan Pek Makanan keluarga Muslim Uyghur : RM150 / keluarga
  • 1 Tajaan Pendidikan Hafiz Anak Yatim Muslim Uyghur : RM170 / seorang
  • 1 Tajaan Pendidikan Anak-anak Muslim Uyghur : RM120 / seorang
  • 1 Tajaan Sokongan Guru : RM600/seorang
  • 1 Tajaan Umum : RM30, RM50 atau seikhlas hati

Dana bantuan yang diperlukan untuk fasa 1 : RM172,000
Tarikh tutup sumbangan : 25 April 2020

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Save Uyghur 1.0

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada pelarian-pelarian Uyghur ini.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini.

Percayalah, ia memberi impak besar dalam hidup saudara Muslim Uyghur yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita di seluruh dunia terutamanya Muslim Uyghur ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 

Misi Bantuan Pendidikan Dan Sara Hidup : Save Uyghur 1.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.