Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 5.0

RM23,169 of RM1 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 5.0

Tahun 2020 ini adalah tahun ke-5, MVM menganjurkan Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang.

Lagi membimbangkan kami dimana keadaan dunia hari ini yang dilanda pandemik Covid-19 bantuan yang diperlukan semakin tinggi untuk dihantar ke kem-kem pelarian Syria ini.

Perkara yang selalu bermain diminda kami apabila memikirkan pelarian Syria ini yang dilanda musim sejuk setiap tahun,

"Bagaimana keadaan saudara Syria menempuhi musim sejuk tahun ini ?"
"Masih elokkah pakaian sejuk mereka?"
"Masih cukupkah bekalan makanan mereka?"
"Masih adakah minyak petrol atau kayu api untuk pemanas mereka?"

Anak-anak pelarian ini ada yang menderita "frostbite" iaitu jari kaki atau tangan menjadi buruk membeku akibat cuaca terlampau sejuk dan tiada baju sejuk, kasut, dan stokin yang elok.

 

Ada anak-anak pelarian yang hanya memakai selipar atau berkaki ayam dalam keadaan suhu mencecah -6 darjah celcius !

Lihat sahaja khemah-khemah yang daif ini, ini sahaja tempat pelindung mereka daripada kesejukan melampau.

Mereka juga amat memerlukan minyak petrol atau kayu api untuk digunakan menghidupkan pemanas dalam khemah.

Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) bagi tahun ke-5 dalam menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 5.0

Lokasi yang kami akan berikan bantuan ini adalah di kem-kem pelarian Syria di Sempadan Syria Turki dan Lubnan.

Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara Syria tahun ini.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM1,000,000
  • Pek Rezeki (Barangan Asas) : RM150/pek
  • Pek Makanan Panas : RM100/keluarga
  • Kit Musim Sejuk (Baju, Kasut, Stokin) : RM200/set
  • Bahan Bakar / Heater (Diesel) : RM100/tong
  • Khemah & Karpet : RM200/keluarga 
  • Bantuan Ubat-ubatan : RM100/keluarga
  • Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Tarikh tutup sumbangan : Awal Januari 2021

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Winter Mission Syria 5.0

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada 30,000 pelarian Syria untuk menghadapi musim sejuk tahun ini.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...