Misi Bantuan Kecemasan : Save Uyghur 3.0

RM19,786 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Kecemasan : Save Uyghur 3.0

MVM kini melancarkan Misi Bantuan Kecemasan : Save Uyghur 3.0 dengan kerjasama sahabat NGO Indonesia, Aksi Cepat Tanggap (ACT)

Sejarah Uyghur

Kaum Uyghur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan.

Majoriti penduduk Xinjiang ialah kaum Uyghur yang mempunyai agama (Islam) dan Bahasa (Uyghur) tersendiri. Uyghur adalah etnik terbesar di Xinjiang, diikuti oleh Han, Kazakh, Tibet, Kyrgyz, Mongol dan juga Russia.

Istilah Uyghur bermaksud Penyatuan atau Kerjasama. Diambil daripada perkataan Turki dan cara menyebut perkataan Uyghur adalah “Oy-Ghur”.

Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Mongol. Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road) di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh mereka terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Kenapa Bantu Uyghur? 

  1. Aktiviti agama Islam mula dikawal oleh pihak berkuasa. Untuk menubuhkan masjid dan sekolah-sekolah agama Islam juga perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan China. Hari ini, mereka dilarang keras untuk solat di masjid-masjid.
  2. Kerajaan tempatan Xinjiang melarang kepada mana-mana penjawat awam Muslim daripada berpuasa semasa bulan Ramadan
  3. Penindasan terhadap muslim Uyghur terus berlaku apabila ada di antara mereka yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan mereka telah diseksa dan dikurung tanpa alasan yang munasabah. Isteri dan anak-anak mereka dipisahkan tanpa sebab dan anak-anak mereka dipaksa untuk belajar ajaran lain selain ajaran Islam.

Sahabat, sudilah bersama kami di MVM bagi membantu keluarga-keluarga Uyghur ini terus bertahan demi kelangsungan hidup mereka.

Atas rasa keprihatinan dan kemanusiaan, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Aksi Cepat Tanggap (ACT) dalam memberikan bantuan sara hidup sepanjang musim sejuk kepada keluarga Uyghur yang menjadi pelarian di Bandar Istanbul dan Kayseri, Turki.

Jenis bantuan yang akan disalurkan :

  • Pek Rezeki (Barangan Asas Dapur)
  • Kit Musim Sejuk (Baju sejuk, stokin, kasut)
  • Bahan bakar / Pemanas (diesel)

Kami dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk bersama-sama MVM dan ACT berjuang membela nasib saudara Muslim Uyghur yang kini menjadi pelarian di sekitar bandar Istanbul dan Kayseri di Turki.

Anda boleh menghulurkan sumbangan dengan nilaian seperti berikut :

  • 1 Tajaan Bantuan Pek Rezeki : RM150 / keluarga
  • 1 Tajaan Kit Musim Sejuk : RM200/set
  • 1 Tajaan Bahan Bakar (Diesel) : RM100/tong
  • 1 Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Dana sumbagan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM500,000.00

Tarikh tutup sumbangan : Awal Januari 2021

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Save Uyghur 3.0

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada pelarian-pelarian Uyghur ini.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini.

Percayalah, ia memberi impak besar dalam hidup saudara Muslim Uyghur yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita di seluruh dunia terutamanya Muslim Uyghur ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...