Misi Bantuan Kecemasan – Save Beirut 1.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Misi Bantuan Kecemasan - Save Beirut 1.0

Ramai yang sedia maklum bahawa berita mengenai letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan telah memberikan impak yang sangat besar iaitu kemusnahan dan terutamanya rakyat-rakyat disana dimana hampir sekurang-kurangnya 100 kematian dan 4000 mangsa tercedera akibat letupan tersebut. Manakala, hampir 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kejadian tersebut adalah berpunca daripada letupan ammonium nitrat yang ditinggalkan lebih 6 tahun tanpa pemantauan di kawasan tersebut Port Beirut, Lubnan.

Tragedi ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia terutama sekali NGO-NGO kemanusiaan. Kami telah berhubung dengan rakan kerjasama mengenai keperluan bantuan yang penting untuk segera disalurkan disana.

Oleh itu, kami Muslim Volunteer Malaysia bersama rakan NGO yang lain seperti Malaysia for Syria dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia akan bekerjasama di dalam misi ini.

Jenis Bantuan yang sangat kritikal dan diperlukan segera adalah seperti berikut:

  • Perubatan Dan Keperluan Hospital (RM200)
  • Kit Kebersihan (RM100)
  • Pek Makanan (RM50)

Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Jumlah Keseluruhan : RM50,000.00

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : Save Beirut 1.0

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan anda ini sangat bermakna dalam membantu mereka yang terjejas akibat letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara kita yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 

 

Misi Bantuan Kecemasan – Save Beirut 1.0

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.