Misi Bantuan Kecemasan : Pembinaan Masjid Lombok ke-4

Terima kasih atas sumbangan anda. Tajaan pembinaan masjid ke-4 di Lombok telah penuh.

Kini, anda boleh teruskan sumbangan untuk Pembinaan Masjid ke-5 di link dibawah.

Klik sini: https://donationmvm.org/donations/misi-bantuan-kecemasan-pembinaan-masjid-lombok-ke-5/

Misi Bantuan Kecemasan : Pembinaan Masjid Lombok ke-4

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang telah memusnahkan dan meragut ratusan nyawa penduduk di Lombok.

Lebih menyayatkan hati, bencana alam ini telah mengakibatkan rumah penduduk musnah, kemudahan seperti hospital, masjid, sekolah, dan bangunan lain turut roboh.

Kami dimaklumkan, kebanyakkan penduduk Pulau Lombok kini hanya tinggal sehelai sepinggang dan mengharapkan bantuan daripada kita sebagai saudara Islam.

Atas keprihatinan isu kemanusiaan ini, MVM telah dijemput khas oleh sebuah badan NGO Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap (ACT) bagi sama-sama membantu mengumpul dana bagi pembinaan  masjid di Lombok.

ALHAMDULILLAH, tajaan untuk pembinaan 3 buah masjid telah pun penuh. Kini, kami membuka peluang untuk rakyat Malaysia menderma bagi pembinaan masjid yang ke-4 di Lombok.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : 1000 tajaan
  • 1 Tajaan : RM30 sahaja
  • Jumlah keseluruhan : RM30,000

*Penting : Tajaan ini juga termasuk kos pengurusan bagi membantu melancarkan misi bantuan kecemasan ini.

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : PEMBINAAN MASJID LOMBOK

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854
Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.
Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 

Misi Bantuan Kecemasan : Pembinaan Masjid Lombok ke-4

Terima kasih atas sumbangan anda. Tajaan pembinaan masjid ke-4 di Lombok telah penuh.

Kini, anda boleh teruskan sumbangan untuk Pembinaan Masjid ke-5 di link dibawah.

Klik sini: https://donationmvm.org/donations/misi-bantuan-kecemasan-pembinaan-masjid-lombok-ke-5/