Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang telah memusnahkan dan meragut ratusan nyawa penduduk di Lombok.
Lebih menyayatkan hati, bencana alam ini telah mengakibatkan rumah penduduk musnah, kemudahan seperti hospital, masjid, sekolah, dan bangunan lain turut roboh.
Kami dimaklumkan, kebanyakkan penduduk Pulau Lombok kini hanya tinggal sehelai sepinggang dan mengharapkan bantuan daripada kita sebagai saudara Islam.
Atas keprihatinan isu kemanusiaan ini, MVM telah dijemput khas oleh sebuah badan NGO Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap (ACT) bagi sama-sama membantu mengumpul dana bagi pembinaan masjid di Lombok.
ALHAMDULILLAH, tajaan untuk pembinaan 4 buah masjid telah pun penuh. Kini, kami membuka peluang untuk rakyat Malaysia menderma bagi pembinaan masjid yang ke-5 di Lombok.
Maklumat Bantuan :
*Nota Penting :
Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :
Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.
Sekiranya dana terkumpul melebihi sasaran yang ditetapkan, izinkan kami untuk menyalurkan sumbangan anda kepada keluarga di Lombok dalam bentuk makanan dan barangan asas.