Misi Bantuan Kecemasan : Pasca Ribut Perlis

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Misi Bantuan Kecemasan : Pasca Ribut Perlis

"Yang jauh dibantu, apatah lagi yang dekat dalam negara sendiri" - Itulah pegangan kami di MVM.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita ribut kencang di Perlis dimana ia turut menjejaskan dan merosakan hampir 139 buah rumah, dan premis perniagaan.

3 orang sukarelawan telah turun padang ke Perlis untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku dan berpeluang menziarahi 6 keluarga asnaf yang menjadi mangsa ribut kencang tersebut.

Ikuti kisah sedih 6 mangsa ribut disini : https://mvm.org.my/activity/ribut-datang-semuanya-musnah-begitu-sahaja-mangsa-ribut-perlis

Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab kemanusiaan terhadap mereka yang memerlukan ini, kami di MVM telah bekerjasama dengan sebuah NGO dari Gabungan Belia dan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis bagi membantu mangsa-mangsa ribut ini.

Antara bantuan yang sangat kritikal adalah bantuan kelengkapan rumah dan bantuan perniagaan.

Sudikah anda menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Perlis ini?

Maklumat bantuan :

Bantuan Kelengkapan Rumah dan Perniagaan

  • Sasaran : RM12,500
  • 1 tajaan : RM20 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 18 Oktober 2018

Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu saudara kita yang susah dan amat memerlukan di Malaysia ini. Hulurkanlah sumbangan RM20, RM50 atau seberapa sahaja yang termampu.

Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang dapat membantu. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.

 

Misi Bantuan Kecemasan : Pasca Ribut Perlis

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.