Misi Bantuan Kecemasan Banjir : Long Busang, Kamek Datang!

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Misi Bantuan Kecemasan Banjir : Long Busang, Kamek Datang!

"Yang jauh dibantu, apatah lagi yang dekat dalam negara sendiri" - Itulah pegangan kami di MVM.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita hujan lebat tanpa henti pada 3 Jun 2019 yang telah menyebabkan hampir 1000 orang menjadi mangsa banjir yang berlaku di perkampungan terpencil Long Busang di Sarawak.

Banjir yang berlaku ini telah memusnahkan harta benda sekolah dan barang milik penduduk. Bangunan SK Long Busang turut ditenggelami air hampir mencecah ke paras bumbung.

Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, MVM dengan kerjasama Trekers Humanitarian Volunteer dan YADIM Sarawak melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Banjir : Long Busang, Kamek Datang.

Petugas MVM bersama sukarelawan THV dan Yadim akan menghantar sendiri bantuan barangan asas makanan (Pek Rezeki) kepada mangsa banjir pada 5-9 Julai 2019.

Kami merayu bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang menjadi mangsa banjir ini.

Maklumat bantuan :

Sasaran dana bantuan yang diperlukan : RM10,000
Sasaran penerima manfaat : 1000 orang penduduk
Tarikh tutup sumbangan : 9 Julai 2019

1 tajaan barangan asas makanan (Pek Rezeki) : RM50 sahaja

Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu saudara kita yang susah dan amat memerlukan di Malaysia ini. Hulurkanlah sumbangan RM30, RM50 atau seberapa sahaja yang termampu.

Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang dapat membantu. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.

 

Misi Bantuan Kecemasan Banjir : Long Busang, Kamek Datang!

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.