Kongsi Duit Raya Bersama Keluarga Asnaf

RM14,104.00 daripada RM22,000.00 sudah tercapai
64%

RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Kongsi Duit Raya Bersama 220 Keluarga Asnaf Muslim Volunteer Malaysia

In sha Allah, pada 30 Jun 2018 nanti, kami akan menganjurkan Jamuan Hari Raya bersama keluarga asnaf MVM.

Ia bertujuan untuk meraikan dan memberikan SYAWAL TERBAHAGIA buat mereka dan keluarga.

Umum mengetahui, keluarga asnaf ini terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah. Majoriti antara mereka memang tidak berkesempatan untuk meraikan hari raya seperti mana kita yang lebih berkemampuan.

Orang dewasa mungkin sudah terbiasa, tetapi apakah perasaan anak-anak asnaf ini? Mereka belum mengerti tentang kesusahan hidup. Pastinya mereka juga inginkan sesuatu yang baru pada Hari Raya Aidilfitri yang hanya setahun sekali sahaja.

Tahun ini, kami di MVM berhasrat untuk memberi bahagia kepada keluarga asnaf ini dengan menghulurkan sedikit duit raya.

Sudikah anda yang baca post ini menghulurkan sumbangan duit raya kepada keluarga asnaf ini?

  • 1 tajaan Duit Raya : RM100 untuk satu keluarga.
  • Sasaran : 220 keluarga
  • Tarikh tutup sumbangan : 29 Jun 2018

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH RM22,000

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas RM30, RM50, atau seberapa sahaja yang termampu.

Kami berharap ramai yang dapat memberi sokongan terhadap kempen ini dan sama-sama kita meraikan keluarga-keluarga asnaf di negara kita sendiri. Amin.