“Kenapa Aku Berbeza?” – Selami Hati Anak-anak Austime Insani

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

“Kenapa Aku Berbeza?” – Selami Hati Anak-anak Austime Insani

Tiada siapa yang pinta untuk lahir di dunia ini dalam keadaan serba kekurangan. Semua ibubapa yang menantikan kelahiran cahaya mata mengharapkan anak-anak yang comel, dan sihat. Namun begitu, kita semua tidak mampu melawan kuasa dan takdir Illahi. Dia memberi ujian yang berbeza kepada setiap hamba-hambaNya.

Begitulah juga nasib anak-anak Autisme di Akademi Autisme INSANI ini. Jika kanak-kanak lain mampu bercakap, berjalan, dan bermain dengan riangnya tetapi anak-anak Autisme ini amat berbeza.

–Autisme adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan manusia dimana mengalami gangguan tumbesaran perkembangan neurologi dibahagian otak.

–Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik.

Social Media The Gahtering 5.0 : Autisme INSANI

Social Media: The Gathering dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan. Intipati program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai situasi dan senario warna-warni kehidupan.

Kali ini, sukarelawan akan dibawa menyelami 5 dimensi (5D) simulasi kanak-kanak yang mengalami masalah keupayaan neurologi iaitu autism. (Interaksi Melihat, Merasa, Mendengar, Berfikir serta dari sudut Kerohanian). MVM telah bekerjasama dengan Akademi Austime INSANI bagi program SMTG 5.0 akan datang.

Pendedahan ini diharap dapat mendekatkan jiwa para sukarelawan dengan rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap mereka yang kurang upaya.

Maklumat Tajaan

Bagi menjayakan program SMTG 5.0 Autisme INSANI ini, kami telah membuka 3 kempen tajaan seperti berikut :

  • Kempen Tajaan Interaktif 

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi proses menambah baik kelengkapan mengajar dan penjagaan anak-anak Autisme di Akademi Autism INSANI.

➳Sasaran : RM 2,100
➳1 Tajaan = RM 30
➳Sasaran Jumlah Tajaan = 70 tajaan

  • Kempen Tajaan Eksplorasi

Kempen ini bertujuan untuk membawa anak-anak Autisme beriadah sambil belajar menerokai alam semulajadi di Taman Burung, Tasik Perdana Kuala Lumpur

➳Sasaran = RM 2,100
➳1 Tajaan = RM 35
➳Sasaran Jumlah Tajaan = 60 Tajaan

  • Kempen Sumbangan Akademi Autisme INSANI

Kempen ini bertujuan untuk membantu memberi dana tambahan kepada pihak pengurusan Akademi Autisme INSANI bagi menampung keperluan anak-anak Autisme disini.

➳Sasaran = RM 1,000
➳1 Tajaan = RM 20
➳Sasaran Jumlah Tajaan = 50 Tajaan

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
➳Maybank (56480 164 7699)
➳CIMB (8602 5378 07)
➳Email : smtg.mvm@gmail.com

*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen tajaan ini.

Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin

“Kenapa Aku Berbeza?” – Selami Hati Anak-anak Austime Insani

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.