Kempen RM10 Sesi 2018

RM16,230.00 daripada RM78,000.00 telah tercapai
RM

Billplz transaction fees .

Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM10.00

Kempen RM10 Sesi 2018

Kempen RM10 ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.]

Kempen RM10 ini telah dilancarkan pada bulan April 2016 untuk membantu persatuan ini menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti setiap bulan.

Sekiranya anda merasakan usaha yang dilakukan oleh Muslim Volunteer Malaysia - MVM adalah wajar dan perlu diteruskan, maka kami memerlukan sokongan anda untuk bersama-sama memastikan agar pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin asnaf dan anak-anak yatim.

Semoga "Kempen RM10" ini mencapai sasaran setiap bulan, agar memastikan pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan yang memerlukan.

Maklumat Kempen

Sasaran : RM6,500 sebulan
Jumlah sasaran : RM78,000 / 12 bulan

1 tajaan : RM10

Saluran Kempen RM10

* 75% untuk menanggung kos pengurusan & sewa pejabat
* 25% untuk menanggung pemasaran & lain-lain kos

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai modal kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak program amal untuk meringankan bebanan yang ditanggung keluarga yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah.