Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Qurban dari pengertian bahasa berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurbanan; bermaksud dekat atau mendekatkan diri, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah swt kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
2017 ini sekali lagi MVM dengan kerjasama Volunteering Trip Malaysia (VTM) akan menganjurkan program khas Kembara Qurban Kemboja sempena Aidiladha yang akan berlangsung pada 1-4 September 2017 ini. Kali ini kami menyasarkan keluarga asnaf di kawasan pedalaman Kemboja iaitu di Kampung Thnot, Wilayah Kratie.
Antara sebab utama kami memilih perkampungan ini adalah kerana kami dikhabarkan penduduk disini sudah 5 tahun tidak menerima daging qurban dalam kuantiti yang mencukupi. Biasanya, mereka hanya menerima Qurban 2-3 ekor lembu sahaja untuk diagihkan kepada semua penduduk Islam disitu yang berjumlah hampir 500 buah keluarga.
Tahun ini, kami mensasarkan sebanyak 15 ekor lembu untuk diqurbankan dan diagihkan kepada penduduk kampung ini nanti. In sha Allah.
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.