Kembara Qurban Kemboja 2017 : Pek Rezeki

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Kembara Qurban Kemboja 2017 : Pek Rezeki

Majoriti keluarga asnaf di perkampungan Thnot, Kemboja merupakan golongan petani. Mereka menjana pendapatan utama dengan menanam padi, jagung, dan tebu. Namun begitu, keuntungan yang diperolehi hanya setahun sekali disebabkan faktor cuaca kawasan itu.

Oleh itu, kami membuka peluang untuk rakyat Malaysia sama-sama membantu dan memberi sumbangan ikhlas dalam kempen Pek Rezeki ini.

Kempen Pek Rezeki ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan barangan asas seperti barangan dapur dan kelengkapan rumah kepada keluarga asnaf di Perkampungan Thnot, Kemboja.

Maklumat Tajaan

  • Sasaran – 300 keluarga
  • 1 tajaan – RM35
  • Jumlah – RM 10,500

Maklumat Lanjut

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

  • Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Kembara Qurban Kemboja 2017 : Pek Rezeki

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.