Kembara Ibadah Qurban MVM Sudan Dan Kemboja 2020

RM52,663 of RM55,300 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM350.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Kembara Ibadah Qurban MVM Sudan Dan Kemboja 2020

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Alhamdulillah, tahun ini telah masuk tahun ke-4 MVM mengadakan program Ibadah Qurban ini, selepas di Vietnam (2016), Kemboja (2017), Malaysia (Bangi, Puchong, Shah Alam)(2018), Bangladesh (2018) dan Malaysia (Perkampungan Kauluan Ranau, Sabah)(2019), Bangladesh (2019)

Bagi tahun 2020 ini, kami mensasarkan 210 bahagian di Sudan dan juga 210 bahagian di Kemboja.

Di Sudan, Ratusan ribu penduduk berhadapan dengan krisis makanan tidak cukup dan tidak selamat untuk di makan. Peduduk di negara ini mempunyai krisis kadar kekurangan zat makanan yang tinggi. Kerana ekonomi yang rapuh, semakin banyak orang tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. Faktor inflasi yang tinggi juga turut menyumbang kepada kemiskinan dan masalah kelaparan sehingga menyebabkan ramai tidak mampu membeli keperluan makanan asasi.

MVM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS) akan mengadakan Ibadah Qurban bagi penduduk disana.

Kami ingin mengajak anda untuk turut serta menjalankan qurban untuk meraikan umat Islam Sudan.

Di Kemboja pula, kita akan mengadakan Ibadah Qurban di Kampong ChamKampong Cham adalah sebuah wilayah yang terletak di dataran rendah tengah Sungai Mekong. Ia bersempadan dengan wilayah Kampong Chhnang di sebelah barat, Kampong Thom dan Krati di utara, Tbong Khmum di sebelah timur, dan Prey Veng dan Kandal di selatan.

Kira-kira 90 peratus penduduk miskin di Kemboja tinggal di kawasan luar bandar. Individu-individu ini mengalami masalah kelaparan. Pada masa ini, dua pertiga daripada 1.6 juta isi rumah luar bandar menghadapi kekurangan makanan setiap tahun.

Untuk situasi pandemik Covid-19 di Kemboja, sehingga 12 Jun, negara ini mempunyai 126 kes. Sehingga 25 Mei, negara ini tidak melaporkan kes baru. Kemboja mempunyai 124 kes dan tidak ada kematian sehingga 23 Mei.

Justeru itu, MVM dengan kerjasama Global Peace Mission akan mengadakan Ibadah Qurban di Kemboja pada tahun ini bagi meraikan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk miskin dan daif disana.

Maklumat Ibadah Qurban :

Sudan

  • Sasaran : 30 ekor lembu = 210 bahagian
  • 1 bahagian : RM350

Kemboja

  • Sasaran : 30 ekor lembu = 210 bahagian
  • 1 bahagian : RM450
  • Tarikh tutup qurban : 30 Julai 2020

Anda juga boleh Menaja Qurban dengan bank in ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)

PENTING : Sila WhatsApp (NAMA PENAMA / SENARAI NAMA PENAMA) (ALAMAT) (NO.TELEFON) dan Resit transaksi Tajaan Qurban anda ke 012-235 6854 (Cik Adawiyah)

Lafaz Niat Qurban :

" بسم الله الرحمن الرحيم Saya mewakilkan kepada Muslim Volunteer Malaysia atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah QURBAN bagi diri saya / penama-penama di atas bagi tahun 1441H kerana Allah SWT. "

Sekiranya ada lebihan dari wang yang saya berikan, saya izinkan untuk digunakan bagi tujuan pengurusan ibadah qurban dan keperluan penerima manfaat di Malaysia, Sudan, dan Kemboja

BAGAIMANA JIKA HENDAK QURBAN LEBIH DARIPADA 1 BAHAGIAN ? 

Sekiranya ada ingin melaksanakan ibadah qurban lebih daripada jumlah bahagian yang dinyatakan disini, boleh hubungi wakil MVM - 012 235 6854 (Adawiyah). Kami akan bantu anda untuk urusan ibadah Qurban ini segera.

Kami doakan agar Allah swt mempermudahkan dan memberkati ibadah qurban yang kita sedekahkan kepada mereka yang kurang bernasib dan memerlukan ini. Amin.

Untuk Pertanyaan Lanjut tentang Ibadah Qurban, sila hubungi :

  • Wakil MVM  - 012 235 6854 (Adawiyah)
  • HQ MVM - 03 8074 0434

 

Kembara Ibadah Qurban MVM Sudan Dan Kemboja 2020

RM52,663 of RM55,300 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM350.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...