Kembara Ibadah Qurban MVM Malaysia 2020

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Kembara Ibadah Qurban MVM : Malaysia 2020

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Alhamdulillah, tahun ini telah masuk tahun ke-5 MVM mengadakan program Ibadah Qurban ini, selepas di Vietnam (2016), Kemboja (2017), Malaysia (Bangi, Puchong, Shah Alam)(2018), Bangladesh (2018) dan Malaysia (Perkampungan Kauluan Ranau, Sabah)(2019), Bangladesh (2019)

Bagi tahun ini, kami mensasarkan 35 bahagian di Malaysia.

Di Malaysia, ibadah qurban ini akan dijalankan di Kampung Nyalau Bintulu dan Bersepadu Jengalas, Bekenu Sibuti, Miri, Sarawak dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak dan sebanyak 5 ekor lembu akan dikorbankan.

Kampung Bersepadu Jengalas Bekenu terletak di daerah Subis Miri. Jarak perjalanan dari Bandar Miri ke Kampung Bersepadu Jengalas Bekenu mengambil masa lebih kurang 46 minit dan sejauh lebih kurang 46.6 KM melalui jalan persisir pantai.

Manakala, untuk ke daerah ini, kebiasaanya daripada Bandar Kuching, akan bertolak dan menempuhi perjalanan mengambil masa selama 13 jam dan jarak perjalanan sejauh 713 KM.

Kegiatan ekonomi masyarakat di sini pelbagai. Ada yang makan gaji, bercucuk tanam dan sebahagian besarnya juga berhijrah ke luar daerah untuk memenuhi keperluan hidup.

Majoriti penduduknya adalah petani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan termasuk golongan asnaf.

Kebanyakkan daripada penduduk kampung ini juga adalah muallaf.

MVM dan YADIM Negeri Sarawak berusaha untuk meraikan dan melaksanakan ibadah Qurban bersama penduduk Kampung Nyalau Bintulu dan Bersepadu Jengalas Bekenu, Sarawak pada tahun ini bagi mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan membantu keluarga yang kurang berkemampuan disini.

Terutamanya keluarga muallaf yang baru mengenali agama Islam.

In sha Allah, seramai lebih kurang 300 keluarga direkod atau bersamaan 1500 penduduk Muslim akan menerima manfaat daripada Kembara Ibadah Qurban Malaysia ini.

Maklumat Ibadah Qurban :

Malaysia

  • Sasaran : 5 ekor lembu = 35 bahagian
  • 1 bahagian : RM850 / satu bahagian
  • Tarikh tutup Qurban : 30 Julai 2020

Anda juga boleh Menaja Qurban dengan bank in ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)

PENTING : Sila WhatsApp (NAMA PENAMA / SENARAI NAMA PENAMA) (ALAMAT) (NO.TELEFON) dan Bukti Tajaan Qurban anda ke 012 235 6854 (Adawiyah)

Lafaz Niat Qurban :

" بسم الله الرحمن الرحيم Saya mewakilkan kepada Muslim Volunteer Malaysia atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah QURBAN bagi diri saya / penama-penama di atas bagi tahun 1441H kerana Allah SWT. "

Sekiranya ada ingin melaksanakan ibadah qurban lebih daripada 1 ekor, boleh hubungi wakil MVM - 012 235 6854 (Adawiyah). Kami akan bantu anda untuk urusan ibadah Qurban ini segera.

Sekiranya ada lebihan dari wang yang saya berikan, saya izinkan untuk digunakan bagi tujuan pengurusan dan keperluan penerima manfaat di Malaysia, Sudan, dan Kemboja

BAGAIMANA JIKA HENDAK QURBAN LEBIH DARIPADA 1 EKOR ? 

Sekiranya ada ingin melaksanakan ibadah qurban lebih daripada jumlah bahagian yang dinyatakan disini, boleh hubungi/whatsapp wakil MVM - 012 235 6854 (Adawiyah). Kami akan bantu anda untuk urusan ibadah Qurban ini segera.

Kami doakan agar Allah swt mempermudahkan dan memberkati ibadah qurban yang kita sedekahkan kepada mereka yang kurang bernasib dan memerlukan ini. Amin.

Untuk Pertanyaan Lanjut tentang Ibadah Qurban, sila hubungi:

  • Wakil MVM  - 012 235 6854 (Adawiyah)
  • HQ MVM - 03 8074 0434

 

Kembara Ibadah Qurban MVM Malaysia 2020

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.