Kembara Ibadah Qurban : Malaysia 2019

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Kembara Ibadah Qurban : Malaysia 2019

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Alhamdulillah, tahun ini telah masuk tahun ke-4 MVM mengadakan program Ibadah Qurban ini, selepas di Vietnam (2016), Kemboja (2017), Malaysia (Bangi, Puchong, Shah Alam)(2018) dan Bangladesh (2018).

Bagi tahun 2019 ini, kami mensasarkan 301 bahagian yang mana 21 bahagian di Malaysia dan 280 bahagian di Bangladesh.

Di Malaysia, Ibadah qurban ini akan dijalankan di Perkampungan Kauluan Ranau, Sabah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sebanyak 3 ekor lembu akan dikorbankan.

Kg. Kauluan ini antara perkampungan yang sukar untuk di akses. Majoriti penduduknya adalah petani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran.

MVM dan YADIM berusaha untuk meraikan dan melaksanakan ibadah Qurban bersama penduduk Kg. Kauluan, Sabah pada tahun ini bagi mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

In sha Allah, seramai 300 penduduk Muslim akan menerima manfaat daripada Kembara Ibadah Qurban Sabah ini.

Maklumat Ibadah Qurban :

Malaysia

  • Sasaran : 3 ekor lembu = 21 bahagian
  • 1 bahagian : RM715 / satu bahagian
  • Tarikh tutup Qurban : 11 Ogos 2019

Anda juga boleh Menaja Qurban dengan bank in ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Affin Bank (1060 2003 8503)

PENTING : WhatsApp (NAMA PENAMA / SENARAI NAMA PENAMA) (ALAMAT) (NO.TELEFON) dan Bukti Tajaan Qurban anda ke 012 235 6854 (Azizi)

Lafaz Niat Qurban :

" بسم الله الرحمن الرحيم Saya mewakilkan kepada Muslim Volunteer Malaysia atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah QURBAN bagi diri saya / penama-penama di atas bagi tahun 1440H kerana Allah SWT. "

Sekiranya ada ingin melaksanakan ibadah qurban lebih daripada 1 ekor, boleh hubungi wakil MVM - 012 235 6854 (Azizi). Kami akan bantu anda untuk urusan ibadah Qurban ini segera.

Kami doakan agar Allah swt mempermudahkan dan memberkati ibadah qurban yang kita sedekahkan kepada mereka yang kurang bernasib dan memerlukan ini. Amin.

Untuk Pertanyaan Lanjut tentang Ibadah Qurban :

  • Hubungi Wakil MVM  - 012 235 6854 (Azizi)

 

Kembara Ibadah Qurban : Malaysia 2019

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.