“Kembalikan Kaki Aku” 

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bantuan Salam Khas : "Kembalikan Kaki Aku"

Donisvaran menghidapi penyakit diabetes sejak 10 tahun lalu. Namun babak ngerinya bermula dengan kemunculan ketuat di tapak kaki.

Sebagai pengawal keselamatan, Donis wajib mengenakan sepasang kasut but sepanjang bertugas. Namun keadaan kasut but yang tebal dan tiada lubang udara itu menyebabkan kakinya mudah berpeluh.

Akibat daripada itu, ketuat di kakinya mula lembik dan membusuk. Donis berjumpa dengan doktor untuk cuci dan buang ketuatnya itu. Walaupun luarnya sudah ‘clear’, namun kuman di bahagian dalam kulit masih ada hingga menyebabkan luka dalaman.

Bermula daripada itu, kuman itu merebak menjadi nanah yang teruk dan memakan daging-daging di serata kulit kaki, hingga menyebabkan dua jari kaki kirinya ‘hilang’, meninggalkan tiga jari yang sudahpun kelihatan reput.

Satu cara untuk Donis kekal hidup ialah mencuci kedua-dua kakinya. Meskipun dicuci, kakinya semakin mengecil, kini meninggalkan tulang dan kulit sahaja.

Lebih meyedihkan hati, kami diberitahu bahawa rumah yang didiami oleh Donisvaran dan ibunya bakal dilelong kerana mereka sudah tidak mampu untuk membayar tunggakan utiliti rumah. Mereka hanya mengharapkan bantuan daripda JKM sebanyak RM350 sebulan.

Kisah lanjut tentang penderitaan hidup Donisvaran, baca disini: https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-kembalikan-kaki-saya

Atas usaha dan keprihatinan Unit Bantuan Salam MVM, kami terpanggil untuk membantu saudara Donisvaran untuk mendapat penjagaan kesihatan yang lebih baik.

SUDIKAH ANDA MEMBANTU DONISVARAN UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK?

Maklumat bantuan :

1)Tajaan Tube Ripple Mattres (Tilam Anti Ruam)

  • Sasaran : 30 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM20 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM600

2)Tajaan Set Perubatan & Kebersihan

Saudara Donisvaran memerlukan set perubatan & kebersihan seperti hygiene set & basic dressing kit, hand sanitizer, cecair pencuci, elastic bandages dan lampin dewasa

  • Sasaran : 30 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM900

3)Bantuan Tunggakan Utiliti : RM1,430 diperlukan

TOTAL SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN : RM3,223

*Notis penting : Sumbangan termasuk 10% kos menggerakan kempen bantuan ini.

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu saudara Donisvaran agar dapat meneruskan kehidupan lebih baik.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga usaha kita ini dapat mendidik hati kita untuk terus membantu tanpa mengira agama, dan bangsa.

 

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...