Jejak Mahabbah 6.0 – Bisikan Harapan Mak Cik Lela

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Jejak Mahabbah 6.0 - Bisikan Harapan Mak Cik Lela

Semua tanggungjawab yang sepatutnya digalas si suami kini atas bahu Mak Cik Lela. Andai rapuh bahunya, hilanglah pergantungan mereka sekeluarga.

Dengan purata pendapatan hasil jualan kuih-muih sejuk beku dan berniaga katering secara kecil-kecilan sebanyak RM600-RM1000 sebulan, ia sangat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Tambahan perniagaannya sedikit terbatas kerana beliau tiada wang mencukupi untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi mengembangkan dan memudahkan proses perniagaan hariannya.

Namun, ketabahan dan kecekalan Mak Cik Lela menghadapi dugaan hidup lebih-lebih lagi dalam menyara tujuh anaknya yang masih bersekolah, menjadi asbab utama pihak MVM terpanggil untuk memilih beliau sebagai penerima bantuan perniagaan dalam program Jejak Mahabbah 6.0 ini.

Atas keprihatinan ini, kami akan membuka peluang kepada RAKYAT MALAYSIA untuk turut sama memberi sumbangan ikhlas / tajaan dalam kempen bantuan perniagaan Jejak Mahabbah 6.0 ini.

Maklumat Tajaan :

Tajaan Bahan Mentah Perniagaan :

  • Sasaran : 50 tajaan
  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Jumlah diperlukan : RM1,500

Tajaan Perkakas Perniagaan :

Perkakas perniagaan untuk membuat kuih-muih, karipap frozen dan katering yang akan diberikan untuk Mak Cik Lela mula berniaga.

3 alatan utama yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Pengadun tepung (Mixer) - RM1000
  2. High flame burner (dapur gas) - RM900
  3. Cooling rack - RM600
  • Sasaran : 50 tajaan
  • 1 tajaan : RM50 sahaja
  • Jumlah diperlukan : RM2,500

TARIKH TUTUP SUMBANGAN : 21 JUN 2018

Kami mohon doa dan berharap agar kita dapat sama-sama membantu mengubah ekonomi Mak Cik Lela dan keluarga menjadi lebih baik dan dimurahkan rezeki olehNya.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...