Jejak Mahabbah 5.0 – Kempen Bantuan Perniagaan.

RM1,890 of RM7,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Jejak Mahabbah 5.0 – Kempen Bantuan Perniagaan.

Sekeping gambar seorang wanita yang sedang menangis telah dirakamkan oleh lensa kamera MVM semasa alunan doa yang syahdu dibacakan di Program Bantuan Asnaf Pure Heart tahun lepas. Ia menarik perhatian kami untuk mengenali lebih dekat wanita ini. Pasti ada 101 kisah duka yang dilalui oleh wanita tersebut yang sudah lama terpendam. Dari situlah membawa perkenalan kami dengan keluarga Puan Noor Hisiken.

Puan Noor Hisiken merupakan penerima bantuan Pure Heart 2017. Beliau berasal dari Johor dan kini menetap di Puchong bersama suami dan anak-anak. Beliau seorang surirumah berumur 43 tahun dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan 1 perempuan.

Suami beliau bekerja sendiri sebagai tukang pendawaian elektrik dan mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Demi membantu menyara keperluan keluarga, Puan Noor Hisiken berniaga karipap sejuk beku. Dengan purata pendapatan hasil jualan karipap sejuk beku hanya RM800 sebulan, ia sangat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Semangat positif dan sikap tidak berputus asa Puan Noor Hisiken untuk terus berniaga menjadi asbab pihak kami terpanggil untuk memilih beliau sebagai penerima bantuan perniagaan dalam program Jejak Mahabbah 5.0 ini.

Di samping berniaga karipap sejuk beku, Puan Noor Hisiken kini merancang untuk menambah pendapatan dengan berniaga kek. Namun begitu, beliau tiada wang mencukupi untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ini.

Atas keprihatinan ini, kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama memberi sumbangan ikhlas / tajaan dalam Kempen Bantuan Alatan Perniagaan ini.

Antara bantuan perniagaan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

  • Rak Bakeri
  • Pengadun Tepung (Mixer)
  • Peti Sejuk Beku
  • Alatan lain (meja, pengukus, kuali, loyang, acuan, papan kek, kotak kek, mangkuk, sudip dan lain-lain)
  • Bahan Mentah (Gula, tepung gandum, majerin, minyak, bar coklat dan lain-lain)

Maklumat Tajaan:

  • Sasaran = RM7,000
  • 1 tajaan = RM30 sahaja
  • Tarikh tutup tajaan : 14 Februari 2018

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 04342
  • Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon hantar resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan tajuk "BANTUAN PERNIAGAAN JEJAK MAHABBAH 5.0"

Marilah sama-sama kita membantu meringankan bebanan keluarga Puan Hisiken ini. Dermalah walaupun RM10, RM30, RM50, mahupun seberapa yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” kempen ini.

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama dari anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini. Bantuan buat keluarga Puan Hisiken akan diberikan dirumah beliau pada 30 Januari 2018.