Jejak Mahabbah 4.0 – Bantuan Alatan Perniagaan

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Jejak Mahabbah 4.0 - Kempen Bantuan Alatan Perniagaan.

Sikap tidak mudah berputus asa dan bersungguh-sungguh untuk bangkit dari kemiskinan Abang Azhar dan isteri, Kak Azah telah menarik perhatian kami di Muslim Volunteer Malaysia untuk membantu membuka semula perniagaan mereka yang tidak dapat diteruskan selama 4 bulan kerana kekurangan modal perniagaan serta peralatan perniagaan yang telah rosak dan dicuri.

Atas keprihatinan ini, kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama memberi sumbangan ikhlas / tajaan dalam Kempen Bantuan Alatan Perniagaan ini.

Antara alatan perniagaan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

  • Kanvas Kanopi x 2 buah (RM740)
  • Set Sinki (RM500)
  • Kerusi & Meja Makan (RM640)
  • Alatan lain (set pinggan mangkuk, set sudu garpu, kuali, etc.) (RM2,680)

Maklumat Tajaan:

  • Sasaran = RM5,300
  • 1 tajaan = RM50
  • Tarikh tutup tajaan : 13 Oktober 2017

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : jejakmahabbah.mvm@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : www.billplz.com/TabungMahabbah

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 04342
  • *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Marilah sama-sama kita membantu meringankan bebanan keluarga Abang Azhar ini. Dermalah walaupun RM10, RM30, RM50, mahupun seberapa yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” kempen ini.

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama dari anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini. Bantuan buat keluarga Abang Azhar akan diberikan dirumah beliau pada 14 Oktober 2017.

Jejak Mahabbah 4.0 – Bantuan Alatan Perniagaan

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.