Ibadah Qurban MVM Bangladesh 2018

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Ibadah Qurban MVM Bangladesh 2018

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak.

Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)”. [Surah al-Kauthar: ayat 1-2]

Qurban dari pengertian bahasa berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurbanan; bermaksud dekat atau mendekatkan diri, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah swt kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

2018 ini sekali lagi MVM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) akan menganjurkan Ibadah Qurban Bangladesh & Malaysia sempena Aidiladha yang akan berlangsung pada Ogos ini. Kali ini kami menyasarkan pelarian-pelarian Rohingya di Bangladesh dan keluarga yang memerlukan di Malaysia.

Tahun ini, kami mensasarkan sebanyak 20 ekor lembu di Malaysia dan 30 ekor lembu di Bangladesh untuk diqurbankan dan diagihkan nanti.

Mengapa Qurban di Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh?

Antara sebab utama kami memilih Kem Pelarian Rohingya ini adalah kerana kami melihat sendiri kedaifan hidup pelarian Rohingya ini. Tiada bekalan makanan yang mencukupi, dan sistem ekonomi yang sangat lemah.

Selain itu, majoriti pelarian Rohingya ini tiada pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan badan-badan NGO.

In sha Allah, sukarelawan MVM akan turun padang sendiri mengadakan Ibadah Qurban pada Hari Raya Aidiladha akan datang.

Maklumat Tajaan :

Qurban Bangladesh 

  • Sasaran : 210 bahagian (30 ekor)
  • 1 bahagian : RM350

Nota Penting :

  1. Anda perlu emailkan Resit Tajaan, Penama Qurban (Nama Penuh) dan No.Telefon ke account@mvm.org.my atau WhatsApp Wakil MVM berikut :  012-235 6854 (Qurban Malaysia) & 012-237 6854 (Qurban Bangladesh)
  2. Untuk tajaan lebih daripada 1 ekor, sila hubungi terus wakil MVM kami berikut : 012-235 6854 (Qurban Malaysia) & 012-237 6854 (Qurban Bangladesh)

Maklumat Lanjut :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

Semoga ibadah qurban ini menjadi saham di akhirat kita bersama. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...