Emergency Relief : #UrgentCall4Idlib

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Emergency Relief : #UrgentCall4Idlib

Syria terus diserang lagi sahabat. Kami telah dipanggil untuk meeting mengejut bersama rakan-rakan NGO lain iaitu Global Peace Mission, Malaysia Lifeline For Syria dan Cinta Syria Malaysia untuk membuka kempen misi kecemasan #UrgentCall4Idlib.

Dari hujung tahun lepas, kita telah digemparkan oleh serangan udara di bandar Idlib yang diserang dengan teruk.

Serangan itu mengejutkan penduduk selepas beberapa lama mereka tidak berhadapan keadaan sedemikian. Ramai orang awam yang telah terkorban dengan serangan tersebut.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan yang dilakukan selama seminggu yang panjang telah mewujudkan krisis kemanusiaan dengan kira-kira 600,000 orang yang melarikan diri dari rumah mereka di kubu pemberontak terakhir Syria sejak awal bulan Disember.

Pemberontak menguasai sebahagian besar wilayah Idlib dan sebahagian dari rantau Aleppo yang merupakan rumah kepada 3 juta orang, kebanyakan dari mereka berpindah dari bahagian lain di Syria.

Pada awal Februari 2020, kira-kira 100,000 orang dipaksa keluar dari rumah mereka, dengan United Nation memberi amaran bahawa serangan udara dan tanah di Idlib menyebabkan banyak kehilangan nyawa.

Akibat daripada tragedi ini telah menyebabkan golongan pelarian kekurangan keperluan asas utama, termasuk makanan dan air bersih, ubat-ubatan, baju sejuk, bahan api (diesel) dan khemah dalam menghadapi musim sejuk yang masih lagi mencengkam mereka.

Jika krisis ini berterusan, ia akan menyebabkan kebuluran dan kelaparan dalam kalangan pelarian kerana ketidakcukupan makanan.

Seterusnya, penempatan sementara seperti khemah amat diperlukan kerana tiada ruang yang cukup di kem-kem sedia ada untuk menampung pelarian yang baru yang melarikan diri dari Idlib.

Sehubungan dengan itu juga, cuaca sejuk telah menyumbang kepada sekurang-kurangnya 10 kematian, termasuk empat yang mengalami hipotermia, empat keluarga yang mati akibat lemas di dalam khemah mereka dan dua orang yang terbakar sehingga mati ketika khemah mereka terbakar.

Atas rasa belas ihsan dan kemanusiaan, kami di MVM bersama Global Peace Mission, Malaysia Lifeline For Syria, Cinta Syria Malaysia, Humanity Heroes, HALUAN, Faith Men dan My Fund Action melancarkan kempen Emergency Relief : #UrgentCall4Idlib yang akan menghantar bantuan ke sana.

Bantuan Yang Diberikan :

  •  Khemah & Keperluan Rumah (Canvas, Carpet) : RM150
  •  Bahan Bakar / Heater (Kayu Api, Petrol) : RM150
  • Food Basket : RM100
  • Kit Musim Sejuk (Baju, Kasut, Selimut, Tilam, Stokin) : RM100
  • 1 Tajaan Umum : RM50

Jumlah keseluruhan kempen : RM200,000.00

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : UrgentCall4Idlib

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 40 000 pelarian Syria demi kelangsungan hidup mereka disana.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Idlib Syria ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

 

 

 

Emergency Relief : #UrgentCall4Idlib

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.