Edisi Ramadan 2022 – Palestin Kami Datang

RM11,398 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Bagaimana anda tahu tentang kempen ini?
Terms

Donation Total: RM125.00

Palestin Kami Datang Edisi Ramadan 2022

Rakyat Palestin sentiasa menghadapi ancaman zionis. Setiap hari juga mereka diserang oleh bom dan telah mengakibatkan ratusan orang hilang tempat tinggal yang rosak akibat serangan itu.

Seperti yang kita sedia maklum, menjelang bulan Ramadan pasti ada sahaja kekacauan melampau yang dibuat oleh pihak Israel kepada saudara kita di Palestin. Mereka akan menggandakan ancaman dibulan yang mulia ini demi memastikan saudara Islam tidak dapat beribadah di Masjidil Aqsa.

Mereka bersedia bukan sahaja untuk menjalani ibadah puasa malah bersedia apabila tempat dan kediaman mereka dibom atau diserang. Bayangkan setiap hari mereka ketakutan dan terus diancam sebegini.

Baru sahaja umat Islam meraikan Ramadan selama beberapa hari, pihak berkuasa Israel telah menyerang dan menahan penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik selama tiga malam berturut-turut.

Kekejaman zionis yang tidak pernah habis dari hari ke hari. Pihak mereka langsung tidak menghiraukan akan keselamatan anak kecil dan orang tua. Malah mereka bertindak kejam dan memukul sesuka hati.

Saudara kita di Palestin berjuang melindungi Al-Aqsa, kita berjuang melindungi saudara kita disana.

Jadi bagi mengukir senyuman pada wajah anak-anak Palestin kembali, MVM terus melaksanakan misi tahun ini iaitu usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadan kepada pelarian-pelarian di Gaza, Palestin.

Kami ingin membantu meraikan pelarian perang Palestin menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dengan penuh makna.

Kita maklum bahawa ujian berat buat mereka di sana adalah kehilangan ahli keluarga terdekat, kediaman dan harta benda. Untuk itu juga, mereka berhak merasai dan meraikan bulan yang penuh berkah ini dengan penuh keseronokan seperti kita di Malaysia.

Oleh itu, tahun 2022 ini MVM masih meneruskan lagi misi bantuan Palestin Kami Datang Edisi Ramadan 2022 dengan kerjasama sahabat NGO kami iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM) demi meraikan saudara-saudara kita di Palestin di bulan Ramadan ini.

Objektif misi Ramadan Palestin kali ini:  

  • Memberikan bantuan makanan berbuka puasa kepada golongan pelarian Palestin dengan berpaksikan segmentasi MVM Relief bagi meringankan beban mangsa perang di Palestin.
  • Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Palestin selari dengan sasaran Pembangunan Mampan (SDG), sasaran kedua, sifar kelaparan.
  • Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Palestin.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 10,000 orang pelarian Palestin dewasa & kanak-kanak.

Lokasi Bantuan : 

  • Kem-kem pelarian di Gaza.

Sudikah anda berkongsi rezeki bersama pelarian Palestin ini?

Bantuan Diberikan:

Palestin:

    • Pek Iftar Ramadan (RM125)
    • Pek Baju Raya Baru (RM125)
    • Pek Sayuran (RM110)
    • Pek Daging Raya (Seekor Lembu/ RM13,300)
    • Sinari Ramadanmu (Bantuan Pencahayaan Elektrik LED) (RM290) 

Sasaran keseluruhan kempen : RM50,000.00

  • 1 Tajaan Umum : RM30 sahaja / keluarga atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd"

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6017-8074337 (Adawiyah)

IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 10 000 pelarian Palestin demi kelangsungan hidup mereka disana.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Palestin yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Gaza Palestin ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

 

 

 

 

 

Edisi Ramadan 2022 – Palestin Kami Datang

RM11,398 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Bagaimana anda tahu tentang kempen ini?
Terms

Donation Total: RM125.00