Di Sebalik Pintu 6.0 – Celik Mata Hati Abang Mat

RM12,082 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Di Sebalik Pintu 6.0 - Celik Mata Hati Abang Mat

Abang Mat atau nama sebenarnya, Zulkifli Jaidin, 49 seorang OKU penglihatan. Beliau buta sejak dari kecil lagi. Abang Mat berkahwin dengan Kak Teh yang juga buta. Mereka mempunyai 3 orang anak berumur 10 tahun, 8 tahun dan 4 tahun.

Abang Mat ni bekerja sebagai tukang urut sepenuh masa. Beliau ambil upah mengurut tapi pendapatan tak menentu. Kak Teh pula seorang surirumah sepenuh masa. Apa yang sangat menyayat hati, Kak Teh disahkan mengidap kanser otak sejak muda. Pernah menjalani 3 kali pembedahan dan hari ini masih mendapat rawatan lanjut di PPUM. Atas faktor kesihatan ini juga, Kak Teh tidak bekerja dan hanya menjaga anak-anak dirumah.

Menurut Abang Mat, beliau pernah kena tipu dengan satu organisasi yang janji nak bantu mereka.

Lagi teruk, organisasi tersebut janji untuk tambah baik rumah  Abang Mat dengan tukar perabot dan kelengkapan rumah kepada yang baru. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, mereka tukar barangan rumah Abang Mat kepada barang terpakai dan ada juga tidak dipulangkan langsung.

Kami mengenalpasti keperluan utama Abang Mat dan keluarga sekarang adalah keadaan rumah yang lebih selesa. Jadi, beliau adalah calon penerima bantuan yang tepat untuk program Di Sebalik Pintu anjuran MVM.

Di Sebalik Pintu ini adalah sebuah program tahunan MVM dimana kami bantu dekorasi dan tambahbaik rumah asnaf dengan harapan ia dapat memulihkan semangat keluarga asnaf ini untuk terus berjuang dalam hidup.

Kami percaya, kebahagiaan dan perubahan hidup seseorang bermula dari rumah. Apabila rumah kita bersih, cantik dan selesa, kita akan jadi lebih semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Atas sebab ini, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk kita sama-sama bantu Abang Mat dan keluarga ini dalam program Di Sebalik Pintu ke-6.

Maklumat tajaan :

  • Dana yang diperlukan = RM30,000
  • 1 Tajaan = RM50 atau bantuan seikhlas hati
  • Jumlah tajaan = 600 tajaan yang diperlukan

Jenis Bantuan :

  • Dekorasi rumah (perabot, cat rumah, perhiasan)
  • Cuci pakaian
  • Barangan keperluan dapur
  • Beli-belah pakaian baru dan riadah bersama keluarga Abang Mat

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my

Anda boleh sahaja menghulurkan sumbangan untuk 1 tajaan, RM50 atau seberapa sahaja yang termampu.

Besar harapan kami untuk kita sama-sama meringankan beban dan berkongsi bahagia bersama Abang Mat dan keluarga.

Allah sahaja yang mampu balas jasa anda semua. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...