Di Sebalik Pintu 5.0 – Tajaan Perubatan

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Di Sebalik Pintu 5.0 - Tajaan Mesra

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Fasa 1

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan Dekorasi Kediaman

Fasa 2 

  • Latihan Perniagaan
  • Latihan Pengurusan Ekonomi

Fasa 3

  • Bantuan Dana Perniagaan
  • Pemantauan Ekonomi

Pada tahun 2018 ini, kami meneruskan lagi program DSP buat kali ke-5 bersama keluarga Pak Cik Rosli.

Tajaan Perubatan ini adalah untuk menampung sedikit kos perubatan anak Pak Cik Rosli yang kini menghidap sakit buah pinggang kronik. Anak beliau ini terpaksa menjalani dialisis dan menanggung kos perubatan yang agak tinggi.

Harapan kami adalah untuk sekurang-kurangnya tajaan ini dapat mengurangkan bebanan Pak Cik Rosli sekeluarga untuk beberapa bulan yang terdekat.

Maklumat Tajaan :

  • Sasaran = RM600
  • 1 Tajaan = RM10
  • Jumlah tajaan = 60 tajaan yang diperlukan

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Pak Cik Rosli sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.

Di Sebalik Pintu 5.0 – Tajaan Perubatan

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.