Di Sebalik Pintu 5.0 – Tajaan Perniagaan

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Di Sebalik Pintu 5.0 - Tajaan Perniagaan

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Fasa 1

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan Dekorasi Kediaman

Fasa 2 

  • Latihan Perniagaan
  • Latihan Pengurusan Ekonomi

Fasa 3

  • Bantuan Dana Perniagaan
  • Pemantauan Ekonomi

Pada tahun 2018 ini, kami meneruskan lagi program DSP buat kali ke-5 bersama keluarga Pak Cik Rosli.

Pak Cik Rosli seorang nelayan di kawasan lombong sekitar Puchong, Selangor. Hasil tangkapan beliau akan dijual di pasar-pasar malam yang berdekatan. Hasil jualan beliau tidak menentukan dan kurang RM1,500.

Lebih menyedihkan, kami juga dimaklumkan bahawa bot nelayan yang digunakan oleh Pak Cik Rosli telah dibakar oleh orang yang mengkhianati beliau pada Hari Raya Qurban tahun lepas.

Ia menyebabkan beliau kehilangan mata pencarian kerana tidak dapat menangkap ikan untuk dijual. Kini, beliau hanya bergantung pada bantuan sampan yang sangat daif oleh seorang sahabat agar beliau dapat terus menangkap ikan dan berniaga.

Oleh sebab ini, kami di MVM terpanggil untuk membantu keluarga Pak Cik Rosli untuk mendapatkan peralatan perniagaan seperti bot nelayan yang lebih baik agar ia lebih memudahkan beliau mencari rezeki untuk keluarga pada masa akan datang.

MVM membuka peluang kepada individu atau mana-mana individu/syarikat/organisasi untuk sama-sama sertai dan menjayakan program Di Sebalik Pintu 5.0. Anda boleh sertai kami sebagai #VolunteerMVM atau juga memberi sumbangan ikhlas bagi kempen tajaan Di Sebalik Pintu 5.0

Maklumat tajaan :

Tajaan Perniagaan

  • Sasaran = RM3,530
  • 1 Tajaan = RM20
  • Jumlah tajaan = 177 tajaan yang diperlukan

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : account@mvm.org.my

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Pak Cik Rosli sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.