Di Sebalik Pintu 4.0 – Keluarga Puan Norhuda

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Di Sebalik Pintu 4.0 - Keluarga Puan Norhuda - Fasa 1

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Fasa 1

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan Dekorasi Kediaman

Fasa 2 

  • Latihan Perniagaan
  • Latihan Pengurusan Ekonomi

Fasa 3

  • Bantuan Dana Perniagaan
  • Pemantauan Ekonomi

Bahagiamu, Deritaku (Kisah Benar Puan Noor Huda)

Syukur kepada Allah, setelah hampir 1 bulan mencari keluarga asnaf untuk dibantu dalam program DSP4.0 kali ini, MVM dipertemukan dengan keluarga Puan Noor Huda, 44 tahun yang menetap di sebuah rumah flat di Puchong.

Beliau kini seorang ibu tunggal setelah ditinggalkan oleh suaminya tanpa sebarang khabar berita semasa sedang berpantang anak yang ketiga. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan dua lelaki. Anak-anaknya berusia 17 tahun (Emilia) , 15 tahun (Amirul) dan 11 tahun (Amizan).

Setelah berpisah dengan suami, Puan Noor Huda hilang punca pendapatan keluarga kerana beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha mencari rezeki bagi membesarkan 3 orang anak-anaknya dengan baik.

Paling memilukan hati, beliau juga memikul tanggungjawab untuk menjaga ibunya, 77 tahun yang sudah uzur. Ibu beliau juga tidak lagi mampu berjalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Tidak henti disini, tanggungjawab Puan Noor Huda juga semakin bertambah apabila beliau turut menanggung kehidupan seorang kakak kandung, 49 tahun yang mempunyai masalah kesihatan dan dikategorikan sebagai lembam.

Atas desakan hidup dan tanggungjawab yang dipikul, Puan Noor Huda menaruh nasib dengan berniaga kecil-kecilan. Beliau mula berniaga makanan ringan dan juga mi segera goreng kepada pelajar-pelajar sekolah berdekatan. Beliau mula berniaga seawal 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Namun begitu, pendapatan yang diperolehi hanyalah kurang daripada RM200 sehari. Jualan beliau juga tidak stabil terutamanya pada musim cuti sekolah.

Oleh sebab ini, kami di MVM terpanggil untuk membantu keluarga Puan Noor Huda dalam program Di Sebalik Pintu 4.0 pada tahun ini. In sha Allah, bantuan yang diberikan dalam program ini adalah sangat berbeza dengan bantuan keluarga asnaf dalam program kami yang lain kerana ia mempunyai 3 fasa seperti yang dinyatakan di atas.

MVM membuka peluang kepada individu atau mana-mana syarikat/organisasi untuk sama-sama sertai dan menjayakan program Di Sebalik Pintu 4.0. Anda boleh sertai kami sebagai #VolunteerMVM atau juga memberi sumbangan ikhlas bagi kempen tajaan Di Sebalik Pintu 4.0.

Maklumat Tajaan :

a) Bantuan Kelengkapan Rumah

  • 1 Tajaan = RM 80
  • Sasaran = 250 tajaan
  • Jumlah = RM 20,000

b) Bantuan Perniagaan

  • 1 Tajaan = RM 60
  • Sasaran = 150 tajaan
  • Jumlah = RM 9,000

c) Bantuan Pendidikan & Kekemasan Diri

  • 1 Tajaan = RM 40
  • Sasaran = 150 tajaan
  • Jumlah = RM 6,000

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : mvm.dsp@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : https://www.billplz.com/dspmvm

Maklumat lanjut:

 Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” artikel ini.

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Puan Noor Huda sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.

Di Sebalik Pintu 4.0 – Keluarga Puan Norhuda

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.