Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Sumbangan Mesra

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Sumbangan Mesra

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Melihat kepada keperluan keluarga Puan Noor Huda, kami di MVM berhasrat untuk menyumbang bantuan dari segi kewangan bagi meringankan beban ekonomi yang ditanggung oleh keluarga Puan Noor Huda.

Kisah keperitan Puan Noor Huda boleh dibaca di pautan ini : https://mvm.org.my/di-sebalik-pintu-4-0-bahagiamu-deritaku-kisah-benar-puan-noor-huda

Kempen Tajaan Sumbangan Mesra ini adalah bertujuan untuk membantu kewangan Puan Norhuda untuk perbelanjaan barangan keperluan keluarga beliau.

MVM membuka peluang kepada individu atau mana-mana syarikat/organisasi untuk sama-sama sertai dan menjayakan program Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Sumbangan Mesra. Anda boleh sertai kami sebagai #VolunteerMVM atau juga memberi sumbangan ikhlas bagi kempen tajaan ini Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Tajaan Sumbangan Mesra.

Maklumat Tajaan :

  • Sasaran = 20 tajaan
  • 1 Tajaan = RM 25
  • Jumlah sasaran = RM 500

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : mvm.dsp@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : https://www.billplz.com/dspmvm

Maklumat lanjut:

 Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” artikel ini.

Semoga ramai yang dapat membantu keluarga ini bersama. Kami di MVM amat memerlukan kerjasama daripada anda semua untuk bersama-sama menjayakan kempen tajaan untuk keluarga ini dan sama-sama kita menceriakan kembali kehidupan Puan Noor Huda sekeluarga.

Semoga ia menjadi saham di akhirat kita nanti.

Di Sebalik Pintu 4.0 Fasa 2 – Sumbangan Mesra

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.