BantuanSalam – “Moga Maklang Terus Kuat !”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

"Moga Maklang Terus Kuat !"

Bantuan salam kali ini, kami membantu seorang penerima bantuan Pure Heart tahun 2019.

Norhaiyah Mamat, 52, atau mesra dipanggil Maklang, suri rumah tangga sepenuh masa yang membesarkan dua anak perempuan.

Suaminya berkhidmat sebagai juruteknik yang menyara mereka selama ini.

Maklang bukan sahaja seorang ibu dan isteri yang bertanggungjawab, malah dia juga seorang kakak dan adik yang prihatin kepada adik-beradiknya. Maklang pernah menjaga adiknya di hospital yang mempunyai kanser payudara.

Namun begitu, Maklang ini juga telah menghidapi penyakit jantung dimana kerosakan pada injap jantung dan sangat memerlukan kos rawatan untuk penyakitnya ini.

Rawatan doktor mengesahkan bahawa injap jantungnya bocor akibat kuman yang merebak di persekitaran hospital. Sejak detik itu, Maklang mengharungi penyakit tersebut hingga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur.

Doktor mengklasifikasikan penyakit yang dhidapi oleh Maklang ini sebagai Valcular heart disease (mitral regurgitation).

Menurut doktor perubatan menyatakan bahawa Mitral regurgitation ini bermaksud ada injap di jantung rosak. Boleh jadi disebabkan oleh serangan jantung, sejak lahir atau jangkitan di injap jantung.

Secara jangka masa panjang, ia boleh mengakibatkan fungsi jantung tidak efisyen. Lebih banyak daya di perlukan untuk menjalankan fungsi biasa. Ia boleh mengakibatkan jantung boleh bengkak atau dipanggil kegagalan jantung.

Atas rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami mengambil tindakan segera bagi melancarkan bantuan perubatan untuk membantu kos barangan perubatan Maklang dalam masa terdekat ini.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 6,417.00

Jenis Barangan Bantuan:

  • Katil Hospital (Manual)
  • Nebulizer (Oksigen)
  • Blood Pressure Monitor (OMRON)

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd"

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini supaya pembedahan jantung Encik Ropazli dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

Ia melibatkan nyawa antara hidup dan mati dan nasib keluarga yang dalam kesempitan dan diuji ini. Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan Maklang dan beliau dapat kembali sihat seperti sedia kala bersama keluarga dengan bahagia. Amin.

 

 

 

 

 

BantuanSalam – “Moga Maklang Terus Kuat !”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.