Bantuan Salam Syawal: “Kongsi Rasa Bahagia”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Penerima Bantuan Salam kali ini yang kami akan bantu adalah 2 orang yang mempunyai latar belakang berbeza.

Penerima bantuan yang pertama adalah adik Umar Zafry Mohd Zaidi seorang kanak-kanak OKU menghidap Cerebral Palsy (CP) sejak berumur tujuh bulan.

Dia juga merupakan bayi kelahiran pra matang iaitu sewaktu umurnya 25 minggu sahaja.

Ibunya, Siti Norlaila, 32, menyatakan bahawa semasa dia dilahirkan, beratnya hanya 880 gram sahaja. Sepanjang tempoh pembesarannya, Umar mengalami pelbagai komplikasi terhadap kesihatannya.

Antaranya ialah dia mengalami retina of prematurity yang menyebabkan kedua-dua matanya ada masalah penglihatan.

Sewaktu umurnya mencecah enam bulan, pendengarannya pernah hilang dan menyebabkan Umar perlu memakai alat bantu mendengar yang telah ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

Seperti diketahui, penghidap CP ini tidak boleh berdiri dengan baik atas faktor fizikal mereka. Umar kini memerlukan alatan sokongan iaitu walker khas bagi membantu Umar untuk bergerak dalam kehidupan sehariannya. Anak istimewa ini merupakan satu-satunya anak kepada Siti Norlaila dan ayahnya Mohd Zaidi.

Adik ini sangat memerlukan peralatan perubatannya untuk dia terus bertahan dengan pelbagai penyakit yang dihadapinya. Bantu adik ini untuk terus membesar dengan lebih baik.

Penerima bantuan yang kedua pula adalah, seorang warga emas. Che Bi Ishak, 67 tahun. Beliau tinggal seorang diri di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Beliau mempunyai seorang anak yang menjaga dan memantau kehidupan sehariannya. Akan tetapi anaknya tinggal di Teluk Intan, Perak dan disebabkan sekarang ini sedang dilaksanakan PKP, anaknya tidak dapat menjenguk ayahnya.

Che Bi kini dalam keadaan yang uzur di mana dia tidak larat untuk berjalan dan berdiri dalam waktu yang lama. Kadang kala Che Bi terpaksa mengesot dalam rumah hanya untuk pergi ke dapur.

Dia turut mengalami semput dan sesak nafas apabila terlalu banyak bergerak.

Untuk bantuan kali ini, Che Bi memerlukan sebuah kerusi roda untuk pergerakan hariannya dalam rumah dan untuk urusan di luar. Sudikah anda bantu Che Bi yang uzur ini?

Justeru itu, atas rasa belas ihsan dan rasa tanggungjawab, kami di MVM akan berusaha sedaya upaya untuk membantu adik kecil Zafry dan Che Bi ini untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 9,700

Jenis Barangan Bantuan:

Adik Umar

  • Walker keperluan khas untuk kanak-kanak CP (jenama Mulholland)
  • Wire cochlear implant (Telinga) Kerusi Roda
  • Batery cochlear implant (Telinga)
  • Susu Pediasure 1-10 tahun (Vanilla)

Che Bi

  • Kerusi roda

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd". 

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini dapat dibukakan hati untuk sama-sama membantu adik Umar dan Che Bi.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan Che Bi dan adik Umar supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.

Bantuan Salam Syawal: “Kongsi Rasa Bahagia”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.