Bantuan Salam – “Suntikan Harapan Buat Mereka”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam - "Suntikan Harapan Buat Mereka"

Bantuan Salam kali ini membantu dua hamba Allah.

Insan pertama bernama Mohamad Naim Abdul Wahab, 51, manakala insan kedua iaitu Nur Fatimah Mikayla Muhammad Quzaireel, 6 bulan.

Kisah Ustaz Naim

Ustaz Naim menghidap penyakit buah pinggang sudah sekian lama, namun baru-baru ini keadaannya makin parah.

Akibat keadaan tersebut, beliau kini perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Jika sebulan, jumlah rawatan yang dihadapi olehnya adalah sebanyak 12 kali dan memerlukan kos perbelanjaan RM3,000 selama sebulan.

Isterinya yang juga merupakan guru di sekolah agama sama sepertinya terpaksa mengambil cuti yang kerap bagi menjaga beliau di Hospital Kulim, Kedah.

Isterinya juga menyatakan pendapatannya sahaja memang tidak mencukupi. Kos-kos termasuk menyara tiga orang anaknya yang berumur 12, 16 dan 18 tahun. Kos rawatan perubatan Ustaz Naim sajaha sudah menelan perbelanjaan yang sangat besar.

Kisah kedua pula iaitu Adik Fatimah.

Adik Fatimah dilahirkan pra matang dan tubuhnya hanya sebesar sebotol air mineral 750 milileter sahaja.

Menurut pihak Hospital Selayang, bayi ini memerlukan lima suntikan khas untuk bayi pra matang atau nama saintifiknya (Palivizumab) synagis.

Alhamdulilah, pihak Baitulmal Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah menaja sebanyak tiga suntikan.

Kini, Adik Fatimah masih memerlukan lagi dua tajaan suntikan yang berharga hampir RM4000 bagi satu suntikan.

Suntikan ini bertujuan untuk mengelakkan Fatimah daripada terkena jangkitan virus paru-paru iaitu RSV (Respiratory Syncytial Virus) yang menyebabkan penyakit paru-paru pneumonia serius kepada bayi pra matang.

Bapa Fatimah hanya bekerja sebagai peniaga biasa dan kini perniagaan beliau tidak boleh berjalan seperti biasa kerana perlu mengutamakan rawatan Fatimah di hospital.

Atas rasa kasih dan bertanggungjawab, kami mohon bantuan dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan kepada Ustaz Naim dan Adik Fatimah.

Maklumat bantuan:

  • Jumlah kos rawatan dialisis Ustaz Naim: RM 3,000
  • Jumlah kos perubatan Adik Fatimah Mikayla: RM 7,667
  • Jumlah Penuh Tajaan Sumbangan : RM 12,840.00
  • 1 tajaan : RM30 sahaja atau seikhlas hati

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar hidup baru dan semangat untuk Ustaz Naim dan adik Fatimah ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.

 

 

 

Bantuan Salam – “Suntikan Harapan Buat Mereka”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.