Bantuan Salam – “Sudikah Anda Menjadi Penawar Buat Mereka?”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bantuan Salam kali ini, kami akan membantu 3 penerima bantuan yang terpilih dan ketiga tiga mereka ini memerlukan bantuan perubatan untuk penyakit yang mereka hadapi kini.

Penerima bantuan pertama, adik Mifthahul Cyra Nur, 5 tahun 3 bulan, disahkan menghidapi penyakit “Moya-moya Disease”.

Moyamoya adalah penyakit, dimana saluran darah yang membekalkan darah dan oksigen ke otak menjadi sempit, dan sangat berisiko mendapat strok.

Doktor dari Hospital Kangar yang merawatnya mencadangkan kepada kedua ibu bapanya untuk menjalankan rawatan prosedur Brain Angiogram iaitu rawatan yang dijalankan untuk melihat lebih jelas berkenaan penyakit tersebut yang melibatkan otak Mifthahul. Rawatan tersebut akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur di mana mereka perlu menaiki kereta sendiri untuk ke sana.

Penerima bantuan yang kedua ini pula, Mohammed Redzwan, 45, mengalami penyakit stroke hypertension yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Isterinya yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjaga anak-anak berumur 20 hingga satu tahun.

Redzwan kini tidak mampu lagi keluar untuk bekerja seperti dulu, tetapi waktu ini dia dapat menjaga anak-anaknya sementara isterinya keluar bekerja.

Dia kini memerlukan sebuah kerusi roda bagi memudahkan urusan pergerakan ke hospital dan susu khas iaitu Ensure Gold sebagai makanan tambahan untuk kesihatannya.

Penerima bantuan yang ketiga pula, Rishaznoorazaman bin Mohd, seorang pesakit kencing manis kronik. Akibat daripada kencing manis yang dialaminya, dia terpaksa menjalani pembedahan memotong jari tengah kaki dan tapak kaki.

Dia kini dijaga sepenuh masa oleh isterinya, Julia Abu, 42 yang merupakan seorang suri rumah. Semenjak kakinya mengalami luka dan pembedahan, Rishaznoorazaman memang tidak lagi bergerak seperti biasa.

Isterinya juga menyatakan bahawa suaminya tidak menerima sebarang gaji kerana cuti yang terlalu lama sehingga perlu mengambil cuti tanpa gaji. Mereka sekeluarga kini hilang punca kewangan yang dahulu ditanggung oleh Rishaznoorazaman.

Dia kini memerlukan bantuan barangan perubatan seperti alat cucian dan rawatan luka, jarum insulin untuk ubat kencing manis dan juga kos perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan di sana.

Justeru itu, atas rasa belas ihsan dan rasa tanggungjawab, kami di MVM akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka ini mendapatkan kos rawatan penyakit mereka.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 7,883.70

Jenis Barangan Bantuan:

Adik Mifthahul

  • Kos rawatan prosedur Brain Angiogram
  • Kos tahanan wad hospital
  • Kos perjalanan dari Pulau Langkawi, Kedah ke KL

Encik Redzwan

  • Kerusi Roda Biasa
  • Susu Ensure Gold

Encik Rishaznoorazman

  • Jarum Insulin
  • Peralatan cuci luka

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd". 

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini dapat dibukakan hati untuk sama-sama membantu adik Mifthahul, Encik Redzwan dan Encik Rishaznoorazman.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan mereka supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.

Bantuan Salam – “Sudikah Anda Menjadi Penawar Buat Mereka?”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...