Bantuan Salam – “Semangat Untuk Mereka”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bantuan Salam – “Semangat Untuk Mereka”

Unit Bantuan Salam MVM terus sedia menerima aduan-aduan untuk dibantu bagi mereka yang memerlukan.

Kali ini MVM membantu 3 orang penerima bantuan yang mengalami penyakit kronik dan sangat memerlukan kos rawatan mereka.

Kes Bantuan #1

Penerima bantuan yang pertama adalah Encik Yussop Bin Aliamat@Yussop Bin Aliamin, 54 tahun.

Merupakan calon pertama yang akan dibantu di negeri Sabah. Beliau sudah tidak bekerja kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Encik Yussop menghidap penyakit jantung sejak 2007 dan turut menghidap penyakit kencing manis kronik hingga memerlukan dia menyucuk jarum insulin di perut sebanyak empat kali sehari

Seorang asnaf miskin di Sabah yang tinggal di tanah setinggan yang tinggal bersama empat orang anak sahaja

Anak sulung tidak bekerja kerana sedang sakit juga, anak kedua baru hendak mencari kerja kerana baru sahaja tamat sekolah. Manakala dua lagi di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk keperluan kesihatannya untuk dapat meneruskan kehidupan seharian yang mendatang

Kes Bantuan #2

Penerima bantuan yang kedua pula, Rosita Diana Abdul Aziz, 56 tahun, seorang ibu tunggal yang tidak berdaya lagi untuk mencari rezeki buat tiga orang anaknya seperti dulu. Mujur anak-anaknya telah menginjak dewasa, tiba saat untuk mereka menjaga ibu ini di saat-saat dia sedang terlantar sakit. Rosita Diana Abdul Aziz, dahulu pernah bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan.

Antaranya adalah pekerja kebun kelapa sawit, buruh binaan dan tukang cuci. Sejak tahun lepas, dia tidak lagi bekerja kerana faktor usia dan kesihatan.

Namun, baru-baru ini beliau dikejarkan ke hospital Kuala Lumpur akibat tidak sedarkan diri di rumah.

Doktor mengesahkan Rosita mengalami serangan angin ahmar atau major stroke. Selama sembilan hari beliau ditempatkan di zon merah Unit Rawatan Rapi (ICU) dan di wad biasa.

Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik kerana tindak balas positif yang diceritakan oleh anak bongsunya, Ashana Abdul Rashid.

Kini, Rosita memerlukan sebuah katil divan saiz bujang untuk keselesaan beliau untuk rehat dan tidur di rumah serta sebuah mesin pemantau tekanan darah.

Kes Bantuan #3

Akhir sekali, penerima bantuan ketiga ini ialah Muhammad Elyas Tumiran, 31, seorang pesakit saraf tunjang yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya tiga tahun lepas.

Beliau juga mengalami masalah tulang belakang yang patah atau pun nama saintifiknya ialah spinal cord injury.

Sebelum ini, Elyas pernah bekerja di sebagai pekerja gudang di sebuah syarikat sekitar Klang, namun kini dia tidak mampu bergerak secara normal bahkan untuk kembali bekerja.

Elyas menetap bersama ibunya sahaja yang berusia 54 tahun, manakala kakak dan adik lelakinya sudah berkeluarga sendiri.  Elyas kini perlu mencuci luka setiap hari kerana di bahagian belakang badannya mengalami luka yang payah untuk sembuh.

Beliau memerlukan peralatan cuci luka seperti ubat-ubatan, kapas dan alatan penampal luka serta sebuah kerusi roda untuk kemudahan pergerakan hariannya.

Ayuh, Bantu Mereka !

Atas rasa belas ihsan dan rasa tanggungjawab,
kami di MVM akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka ini mendapatkan kos rawatan penyakit mereka.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 9,800

Jenis Barangan Bantuan:

Encik Yussop

  • Ubat-ubatan untuk kencing manis dan penyakit jantung

Puan Rosita

  • Katil divan dan tilam (single)
  • Blood Pressure Monitor

Encik Elyas

  • Kerusi roda
  • Peralatan cuci luka

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : BS September

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd"

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini sudi untuk sama-sama membantu meringankan bebanan Encik Yussop, Puan Rosita dan Encik Elyas.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan mereka supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...