Bantuan Salam – “Ringankan Beban Ibu Dan Anak Ini”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam - "Ringankan Beban Ibu Dan Anak Ini"

Bantuan salam kali ini MVM telah menyantuni sebuah keluarga yang menetap di Rantau Panjang, Klang, iaitu seorang ibu dan anak yang menghidapi pelbagai penyakit.

Si ibu, Che Som, 56, menghidapi penyakit serangan jantung yang dikatakan telah dirawat di Hospital Serdang. Che Som ini juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disebabkan oleh tulang belakangnya yang telah dimasukkan besi pada tahun 2014 yang menyukarkan beliau untuk berdiri lama.

Manakala anak lelakinya, Noriman Nordin 36, bekas pengawal keselamatan terpaksa berhenti kerja akibat pelbagai penyakit yang di alaminya seperti asma, darah tinggi, masalah paru-paru dan kakinya yang membengkak teruk yang sukar untuk dia berjalan seperti sedia kala.

Mereka sangat memerlukan beberapa peralatan perubatan bagi memudahkan pergerakan harian dan membantu rawatan awal di rumah.

Atas rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami mengambil tindakan segera bagi melancarkan bantuan perubatan untuk membantu kos barangan perubatan Che Som dan Noriman dalam masa terdekat ini.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 9,000

Jenis Barangan Bantuan:

  • Katil Hospital (Automatik)
  • Tilam Khas Tulang Belakang (Spenco Mattress)
  • Kerusi Roda
  • Kerusi Fabrik (Kegunaan Solat)

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd"

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini dapat dibukakan hati untuk sama-sama membantu Che Som dan anaknya ini.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan Che Som dan Noriman supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan kembali sihat seperti sedia kala bersama keluarga dengan bahagia. Amin.

 

 

Bantuan Salam – “Ringankan Beban Ibu Dan Anak Ini”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.