Bantuan Salam : Kembalikan Senyuman Mereka

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam : "Kembalikan Senyuman Mereka"

Ramli terlantar kerana menanggung sakit yang kronik sudah hampir 5 tahun. Beliau disahkan menghidap penyakit kegagalan fungi kedua-dua belah buah pinggang. Ramli turut menghadapi masalah penglihatan akibat kesan daripada penyakit kencing manis.

Ramli menyatakan, antara sebab-sebab beliau menghidap penyakit tersebut adalah kerana faktor keturunan. Disebabkan beliau tidak lagi bekerja, isterinya mengambil alih tugas sebagai suri rumah merangkap jururawat kepada beliau.

Cerita adik Izwan pula, anak kedua daripada 3 adik beradik yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu pesakit Cerebral Palsy (CP) yang berusia 14 tahun.

Bukan semua orang mampu dan kuat untuk menjaga anak syurga seperti Izwan, ia melibatkan kos untuk membeli alatan seperti kerusi roda, kerusi khas serta susu dan lampin.

Anda boleh baca kisah penuh mengenai pakcik Ramli dan adik Izwan ini di sini : https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-yang-tua-kita-kasihi-yang-muda-kita-sayangi

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja
  • Jumlah barangan : RM 1220.00
  • Kos Pemasaran dan Pengurusan : RM 244.00
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 1464.00

Jenis Barangan Bantuan:

Pakcik Ramli :

  • Lampin Dewasa (Tena) x 20
  • Plaster (Nexcare) x 10
  • Tisu Kering x 4
  • Sabun Dettol x 5
  • Tisu Basah x 6

Adik Izwan : 

  • Kerusi Roda Kegunaan Bilik Air
  • Lampin Dewasa (Tena)

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :Contoh subjek email : Bantuan Salam : RAMLI DAN IZWAN

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

HARAPAN KAMI, semoga bantuan daripada rakyat Malaysia ini dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt.

In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.

 

 

 

Bantuan Salam : Kembalikan Senyuman Mereka

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.