Bantuan Salam : Irfan Nak Tengok Dunia Boleh?

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam : Irfan Nak Tengok Dunia Boleh?

“Irfan teringin nak keluar melihat dunia..”

Meskipun umurnya 10 tahun, saiz fizikalnya tidak ubah seperti kanak-kanak empat tahun, kecil sahaja.

Pemakanannya bukan sebarangan, adik Irfan hanya boleh makan makanan bijirin seperti Nestum, diselangi dengan susu Ensure Gold. Masalah usus yang dihidapinya agak menyukarkan untuk Adik Irfan menjamah makanan lain.

Pernah suatu ketika, Adik Irfan dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Serdang kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.Apabila didiagnosis oleh doktor, rupa-rupaya semua makanan yang dicerna tersumbat dalam saluran usus sehingga mampat dan mengakibatkan ususnya bengkak.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Untuk artikel penuh boleh baca di sini : https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-irfan-teringin-nak-keluar-melihat-dunia

Rentetan dari kisah adik Irfan ini, kami di MVM terpanggil untuk membantu anak ini dari segi perubatan. In sha Allah kami akan memaklumkan kepada anda dalam masa terdekat dengan lebih terperinci mengenai bentuk bantuan yang diperlukan.

MAKLUMAT BANTUAN :

  • Sasaran : RM3,300 sahaja
  • 1 Tajaan : RM30 sahaja

JENIS BARANGAN BANTUAN : 

  • Wheel Chair
  • Susu dan Pampers

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : Bantuan Salam : Irfan

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

HARAPAN KAMI, semoga bantuan daripada rakyat Malaysia ini dapat mengurangkan beban Irfan sekaligus merealisasikan hasrat anak kecil ini untuk melihat dunia.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.

 

Bantuan Salam : Irfan Nak Tengok Dunia Boleh?

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.