Bantuan Salam : Demi 3 Generasi

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam adalah fokus kepada bantuan khas perubatan kepada orang awam atau keluarga yang memerlukan dengan kadar yang segera. Pihak MVM ingin mengambil inisiatif ini bagi membantu meringankan beban masyarakat iaitu golongan berpendapatan rendah dalam kelompok B40 yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

Kali ini MVM membantu 3 orang yang terpilih untuk dibantu di dalam kempen bantuan salam. Adik Muhammad Hairie, Puan Latifah dan Cik Sharena.

#Kes1 - OKU Cerebral Palsy

Adik Muhammad Hairie, 12 tahun, merupakan penghidap OKU Cerebral Palsy (CP). Penyakitnya ini sejak dia berumur enam bulan lagi. Anak istimewa ini mengalami perkembangan pembesaran yang lambat.

Dia mendapat rawatan pakar kanak-kanak dan mata di Hospital Segamat. Tidak seperti anak-anak kecil yang lain. Hanya terlantar, tidak boleh berjalan dan duduk.

Ibunya kini berharap agar dia boleh mendapatkan alat bantuan untuk anaknya ini. Antara alatan yang sangat diperlukan adalah walker gait (alat sokongan badan), sarung kaki dan tangan khas dan juga susu serta lampin pakai buang.

#Kes2 - Diabetes kronik dan komplikasi buah pinggang

Latifah Mahmud, seorang ibu tunggal berusia 51 tahun ini menghidap diabetes kronik dan komplikasi buah pinggang. Beliau telah didiagnos tahap lima bagi penyakit buah pinggang di mana kedua-dua belahnya sudah tidak berfungsi.

Sejak tiga bulan lepas sekitar selepas meraikan hari raya Aildilfitri, Latifah Mahmud perlu melakukan rawatan dialisis hampir setiap hari di pusat dialisis Kuala Terengganu.

Beliau juga dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari akibat daripada komplikasi buah pinggang. Kini, Latifah memerlukan lampin dewasa bagi memudahkan urusan hariannya lebih-lebih lagi untuk proses dialisisnya.

#Kes3 - Kencing manis (Diabetes)

Penerima bantuan seterusnya, Nursharena Mohamad Rafi, 26, seorang gadis yang menghidap kencing manis atau diabetes pada usia yang sangat muda. Sewaktu berumur 11 tahun lagi, dia sudah mula berasa kurang sihat dan sering mendapatkan rawatan di Tawau, Sabah. Ketika itu beliau pernah koma tidak sedarkan diri selama seminggu dan doktor mengesahkan Nursharena menghidap kencing manis.

Dia sebelum ini pernah bekerja sebagai guru taska, pusat pasti dan banyak lagi. Ibunya berkata, sejak sakitnya bertambah teruk, dia tidak lagi mampu untuk bekerja. Setiap minggu, Nursharena akan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mengubati luka akibat daripada pembedahan bisul di kepala. Akibat kencing manis, luka pembedahan tersebut lambat sembuh.

Kini, beliau memerlukan sebuah kerusi roda bagi urusan pergerakan hariannya, jarum insulin untuk memasukkan ubat kencing manis dan strip bacaan kandungan gula dalam badannya.

Sahabat, Ayuh Bantu Mereka !

Atas rasa belas ihsan dan rasa tanggungjawab,
kami di MVM akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka ini mendapatkan kos rawatan penyakit mereka.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 30 Sahaja atau seikhlas hati
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 14,200

Jenis Barangan Bantuan:

Kes #1 - Adik Hairie

  • Walker Trainer
  • Standing Frame
  • Leg Splint
  • Wrist Splint

Kes #2 - Puan Latifah

  • Lampin Dewasa Tena (M) X 10 bungkus

Kes #3 - Cik Sharena

  • Kerusi roda
  • Diabetes Test Strips
  • Jarum insulin
  • Kit cuci luka

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my
  • Reference : BSOktober

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn Bhd"

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini sudi untuk sama-sama membantu meringankan bebanan Adik Hairie, Puan Latifah dan Cik Sharena.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan mereka supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.

 

Bantuan Salam : Demi 3 Generasi

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.