Bantuan Salam 2.13 – Bantuan Rawatan Jantung Ropazli

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

BANTUAN SALAM 2.13 - BANTU ROPAZLI UNTUK PEMBEDAHAN JANTUNG

Encik Ropazli, 41 tahun merupakan pesakit Jantung Tersumbat (Ischemic Heart Disease with 3 Vessel Disease) yang diizinkan Allah swt bertemu dengan Skuad MVM yang sedang menjalankan Misi Bantuan Banjir di Kelantan tempoh hari.

Beliau mempunyai seorang isteri, Puan Suzana dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun, Nurul Syahira. Mereka sekeluarga menetap di Bandar Sunway.

Sumber pendapatan utama beliau adalah dengan berniaga "Nasi Kak Wok" di Bandar Sunway, Selangor.

TERKENA SERANGAN JANTUNG

Mereka sekeluarga pulang ke Tumpat, Kelantan kerana ingin membantu ibubapa beliau yang menjadi mangsa banjir.

Semasa perjalanan pulang ke kampung, Encik Ropazli terkena serangan jantung dan terpaksa memasuki wad di Hospital Kota Bharu selama 6 hari.

Menurut Pegawai Perubatan, beliau mengalami serangan jantung yang berterusan dan berisiko tinggi mengakibatkan kematian.

Beliau dinasihatkan untuk membuat pembedahan jantung dalam masa terdekat demi menyelamatkan nyawanya.

Atas rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami mengambil tindakan segera bagi melancarkan bantuan perubatan untuk membantu kos pembedahan jantung Encik Ropazli dalam masa terdekat ini.

Maklumat bantuan:

  • Sasaran : RM10,000
  • 1 tajaan : RM30 atau seberapa yang termampu
  • Tarikh tutup sumbangan : 20 Disember 2019

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd". 

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway BayarCash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini supaya pembedahan jantung Encik Ropazli dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

Ia melibatkan nyawa antara hidup dan mati dan nasib keluarga yang dalam kesempitan dan diuji ini. Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan urusan perubatan Encik Ropazli dan beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan bahagia. Amin.

Bantuan Salam 2.13 – Bantuan Rawatan Jantung Ropazli

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.