Bantuan Perniagaan Asnaf : Rezeki Ramadan Raya Kak Azrizah

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Perniagaan Asnaf : Rezeki Ramadan Raya Kak Azrizah

Kak Azrizah merupakan salah satu keluarga asnaf MVM yang berpotensi tinggi untuk mengubah ekonomi keluarga beliau melalui perniagaan. Melihat kesungguhan beliau untuk berniaga, kami di MVM berusaha untuk membantu membeli kelengkapan perniagaan yang lebih baik untuk beliau.

Kini, beliau baru memulakan perniagaan roti sosej dan mendapat sambutan yang baik. Namun begitu, beliau tidak mampu menghasilkan roti sosej dengan jumlah yang banyak kerana tiada mesin penguli tepung.

Atas sebab ini, kami di MVM membuka peluang kepada anda untuk sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membeli sebuah mesin penguli tepung bagi memudahkan urusan perniagaan roti sosej Kak Azrizah.

SUDIKAH ANDA BANTU KAK AZRIZAH UNTUK BERNIAGA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP BELIAU DAN KELUARGA?

Maklumat Bantuan:

  • Mesin penguli tepung

Jumlah dana yang diperlukan : RM 1,620.00

  • 1 tajaan : RM30 sahaja

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Affin Bank : 1060 2003 8503

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

 

 

Bantuan Perniagaan Asnaf : Rezeki Ramadan Raya Kak Azrizah

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.