Bantuan Perniagaan Asnaf – Bantu Kak Faridah Untuk Bangkit Semula

RM4,386 of RM4,560 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Kak Faridah merupakan salah satu keluarga asnaf MVM yang berpotensi tinggi untuk mengubah ekonomi keluarga beliau melalui perniagaan. Melihat kesungguhan beliau untuk berniaga, kami di MVM berusaha untuk membantu membeli kelengkapan perniagaan yang lebih baik untuk beliau.

Kak Faridah adalah seorang ibu tunggal kepada enam orang anak. Beliau menjalankan perniagaan menjual makanan berasaskan bakeri dan pastri bagi menyara keperluan harian dan persekolahan anak-anaknya.

Kini, Kak Faridah menyewa sebuah kedai di Pusat Penjaja Sungai Buah, Dengkil. Beliau masih memerlukan peralatan untuk membuat kuih dan roti bagi memulakan perniagaan.

Atas keprihatinan dan melihat kesungguhan Kak Faridah untuk mengubah hidup beliau dan keluarga, kami di MVM membuka peluang kepada anda untuk sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membeli kelengkapan perniagaan bagi memudahkan urusan perniagaan Kak Faridah.

SUDIKAH ANDA BANTU KAK FARIDAH UNTUK BERNIAGA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP BELIAU DAN KELUARGA?

Alatan perniagaan yang diperlukan :

  • Mesin penguli tepung
  • Dapur gas beroda
  • Meja besi
  • Peti ais Frozen

Jumlah dana yang diperlukan : RM 4,560.00

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 19 Jun 2019

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Affin Bank : 1060 2003 8503
  • Email : account@mvm.org.my

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

Doakan juga Kak Faridah terus berusaha dan berjaya dalam perniagaan beliau atas asbab bantuan daripada anda dan rakyat Malaysia. In sha Allah.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...