Misi Anak Muda Peduli Rohingya

RM110,772.00 daripada RM150,000.00 sudah tercapai
74%

RM

Jumlah Sumbangan Lain-lain

Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM50.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantuan Kecemasan : Misi Anak Muda Peduli Rohingya

Berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar pada masa ini, kami dari Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakkan kerajaan Myanmar yang membiarkan pihak tentera terus membunuh dan menzalimi masyarakat Rohingya dengan kejam tanpa mengambil sebarang tindakan. Tindakan yang seumpama ini adalah satu kekejaman yang tidak boleh dipandang enteng dan didiamkan sahaja oleh setiap individu yang bernama manusia.

Bacaan Kenyataan Media Rasmi MVM disini : https://mvm.org.my/kenyataan-media-misi-kemanusiaan-rohingya/13085

Atas keprihatinan ke atas isu global ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) kali ini berkolaborasi dengan badan NGO, Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) bagi menghantar bantuan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian yang berpusat di Bangladesh pada 9hb – 19hb November 2017. Antara Kem Pelarian yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Balukhali MS
  • Mainnerghona

Selain 2 kem pelarian seperti yang dinyatakan di atas, kami juga akan berusaha untuk memasuki kem-kem pelarian di kawasan pedalaman Bangladesh.

Maklumat Bantuan :

In sha Allah, untuk Misi Anak Muda Peduli Rohingya ini, sasaran kami untuk mengumpul dana sebanyak RM150,000. Dana ini akan dibahagikan kepada 5 bantuan utama yang akan diberikan kepada saudara Islam Rohingya di kem pelarian tersebut. Antara bantuannya adalah seperti berikut :

Bantuan Makanan Asas

Antara makanan asas yang akan diberikan adalah makanan bertin dan makanan kering.

  • Sasaran = 1,500 keluarga
  • 1 keluarga = RM30
  • Jumlah keseluruhan = RM45,000

Bantuan Khemah

Di kem pelarian Rohingya terdapat lebih kurang 600,000 pelarian di mana mereka terpaksa tinggal dalam keadaan penuh sesak. Oleh itu, kami berusaha untuk membantu menyediakan 1 khemah untuk 1 keluarga.

  • Sasaran = 100 Khemah
  • 1 Khemah = RM500
  • Jumlah keseluruhan = RM50,000

Bantuan Kebersihan

Bantuan kebersihan terdiri daripada alatan kelengkapan diri seperti tuala wanita, kain pelikat, dan sabun mandi.

  • Sasaran = 1000 keluarga
  • 1 keluarga = RM35
  • Jumlah keseluruhan = RM35,000

Bantuan Pendidikan & Keceriaan.

Anak-anak pelarian Rohingya amat ketinggalan dalam pendidikan. Ada antara mereka yang langsung tidak tahu membaca dan menulis. Selain itu, mereka juga amat terhad dalam kegiatan riadah di mana ia dapat membantutkan perkembagan kanak-kanak ini. Atas keprihatinan ini, kami turut berusaha untuk menyediakan bantuan pendidikan dan kecerian seperti alatan tulis, buku warna, bola sepak takraw, dan “teddy bear” untuk anak kecil.

  • Sasaran = 500 keluarga
  • 1 keluarga = RM20
  • Jumlah keseluruhan = RM10,000

Bantuan Umum

Keadaan kawasan kem pelarian Rohingya amat gelap pada waktu malam. Di sana juga terdapat beberapa buah madrasah untuk mereka bersolat jemaah. Namun begitu, keadaan gelap pada waktu malam menyukarkan mereka untuk berjalan ke kawasan sekitar dan madrasah. In sha Allah, kami berusaha untuk berikan bantuan lampu suluh dan bateri untuk setiap keluarga.

  • Sasaran = 1000 Keluarga
  • 1 keluarga = RM50
  • Jumlah keseluruhan = RM50,000