Bantuan Kecemasan Bencana Malaysia 2023

RM6,818 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

BANTUAN KECEMASAN SELURUH MALAYSIA.

 

Kempen ini dibuka bagi membuat persiapan awal jika berlaku sebarang kecemasan di dalam Malaysia dan bantuan awal boleh digerakkan segera dengan adanya dana tersedia.

Bantulah mereka, ringankan beban yang dihadapi. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan mereka.

TERKINI :

Banjir besar di Johor telah menjejaskan seramai lebih kurang 50,000 penduduk.

Banjir di Johor merekodkan empat kematian setakat ini dengan satu kes di Kluang, manakala tiga lagi di Segamat.

Lebih 1,000 penduduk di enam buah kampung di Pogoh, Segamat masih lagi hidup dalam kebimbangan apabila banjir yang masuk hari kelima tidak menunjukkan tanda surut. Rumah dan kampung ibarat pulau hinggakan mereka terputus hubungan sekali mengharapkan ihsan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Ternakan penduduk kampung juga turut mati ditenggelami air banjir sekaligus mencatat kerugian besar bagi penternak-penternak ini.

Ramai (petani dan penternak) terkesan dengan kejadian banjir ini kerana selalunya mereka akan lebih bersedia, contohnya apabila masuk bulan November, Disember, Januari dan Februari, mereka akan menghentikan aktiviti pertanian terutamanya kawasan yang kerap banjir.

Kali ini banjir berlaku hujung Februari dan awal Mac, petani ini baru mula tanam atau semai tanaman mereka. Jadi mereka mengalami kerugian dan tidak bersedia.

Oleh itu, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk salurkan dana bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana agar gerak kerja dapat dilaksanakan dengan segera sejurus bencana berlaku.

  • Tajaan umum : RM30 atau seikhlas hati
  • Sasaran kempen : RM50,000 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Kecemasan Malaysia

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

 

 

 

Bantuan Kecemasan Bencana Malaysia 2023

RM6,818 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00