TABUNG BANTUAN KECEMASAN : Banjir Pakistan

RM10,615 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM1,026.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

PAKISTAN ISYTIHAR DARURAT BANJIR,

LEBIH 33 JUTA PENDUDUK TERJEJAS 

UPDATE TERKINI :

1,559 orang terkorban akibat banjir termasuk 551 kanak-kanak dan 318 wanita menurut agensi pengurusan bencana. Ketika ini kebimbangan adalah penyakit bawaan air yang menjadi ancaman kepada jutaan rakyat.

Gelombang ke-2 mungkin berlaku pada masa terdekat ini. Dijangka mangsa yang terjejas akan meningkat dan penduduk diminta bersedia untuk gelombang seterusnya ini.

Banjir monsun tahun ini menjejaskan lebih 33 juta penduduk selain memusnahkan hampir sejuta rumah mereka. Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman menyifatkan banjir itu sebagai ‘bencana kemanusiaan disebabkan oleh iklim dengan kadar epik’.

Air yang begitu deras ibarat tsunami itu telah memusnahkan rumah mereka dengan sekelip mata sahaja tanpa meninggalkan sedikit jejak pun. Mereka hilang tempat berteduh, tempat yang selama ini mereka berlindung, makan dan bergelak-tawa bersama keluarga. Tiada lagi ruang-ruang memori mereka bersama.

Mereka menyelamatkan diri dari rumah yang dihanyut banjir dan berlindung sementara dibawah khemah yang dipacak ditepi jalan.

“Kami memerlukan bekalan perubatan, tolonglah bina semula jambatan tersebut, kami kini tinggal sehelai sepinggang,” 

Nota itu dicampak oleh penduduk kampung ke arah pasukan wartawan BBC ketika membuat liputan berita di kawasan tersebut.

Masing-masing menyelamatkan diri dan keluarga. Dibantu juga oleh jiran tetangga untuk ke tempat lebih selamat sebelum anggota penyelamat datang.

 

"Mereka buntu dan ketakutan..."

"Mereka belum bersedia untuk menghadapi gelombang ke-2 ..."

"Mereka kelaparan dan kesejukan..."

"Mereka memerlukan sokongan dan bantuan.."

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga turut mengeluarkan rayuan bencana untuk membantu negara itu.

Katanya, mereka mungkin mengambil masa lima tahun untuk membina semula dan memulihkan negara, sementara dalam tempoh terdekat ini, akan terus bergelut masalah kekurangan makanan yang kritikal.

Atas rasa tanggungjawab dan jihad sebagai umat Islam, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM)  akan menggerakkan dana kecemasan ini secepat yang mungkin bagi kegunaan kecemasan penduduk di Pakistan sekarang.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM100,000
  • Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Kos Bantuan Pasca Bencana Pakistan (per unit/per keluarga)

Keperluan Perubatan : RM1,025.42
Khemah : RM410.17
Masakan panas : RM205.08
Pek makanan : RM102.54
Tarpaulin : RM51.27

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference :  BANJIR PAKISTAN

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Semoga dengan cara ini dapat meringankan sedikit beban yang mereka sedang hadapi. Semoga Allah swt melihat setiap perjuangan hambaNya ini, Inshaa Allah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

TABUNG BANTUAN KECEMASAN : Banjir Pakistan

RM10,615 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM1,026.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.