Bantuan Hari Raya Aidilfitri Asnaf Pure Heart MVM

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri Asnaf Pure Heart MVM

In sha Allah, pada 29 Jun 2019 akan diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga asnaf Pure Heart dalam program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.5 di SK Puchong Indah.

Hampir 600 penerima bantuan akan diraikan bersama-sama dalam majlis ini. Mereka merupakan keluarga asnaf dibawah pantauan MVM sepanjang tahun 2019 ini.

Keluarga asnaf ini terdiri daripada mereka yang berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan seisi keluarga dan majoriti daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan menyara ahli keluarga yang ramai.

Bayangkanlah, dengan hanya pendapatan dibawah RM1,500 ini, pastinya tidak mencukupi untuk keperluan keluarga. Apatah lagi untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah.

Besar hasrat kami di MVM untuk melihat keluarga asnaf kesayangan kami ini diraikan dengan cukup meriah dan bahagia pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Atas rasa kasih sayang ini, kami ingin mengajak dan membuka peluang kepada anda dan rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga asnaf ini.

Maklumat Bantuan :

  • Jamuan Hari Raya
  • Duit Raya Asnaf

Sasaran penerima bantuan : 600 orang asnaf
Sasaran dana yang diperlukan : RM30,000

  • 1 tajaan : RM50 sahaja atau seberapa yang termampu
  • Tarikh tutup sumbangan : 28 Jun 2019
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Affin Bank : 1060 2003 8503

*Nota penting : Jumlah dana yang diperlukan telah termasuk kos bantuan menggerakkan program kebajikan ini.

Sudikah anda berkongsi rezeki hanya RM50 bersama keluarga asnaf di negara kita sendiri ini?

Sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri Asnaf Pure Heart MVM

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.