Bantuan Dana Pusat Transit Pelarian Syria, Dar As Salama di Kilis, Turki.

RM31,674 of RM36,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Misi Bantuan Syria : Hidupkan, Dar As Salama

Misi Bantuan Syria : Hidupkan Dar As Salama ini adalah salah satu inisiatif MVM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) untuk membantu mangsa-mangsa pelarian Syria untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan sebelum mereka menerima rawatan selanjutnya di hospital-hospital di sekitar Turki.

Realiti yang ramai orang tidak tahu, majoriti pelarian Syria ini kehilangan kad identiti diri, dan tiada wang yang menjadi masalah utama mereka sukar untuk menerima rawatan kesihatan di hospital di dalam Turki. Hospital-hospital di Turki juga sudah terlalu padat untuk menampung rawatan daripada pelarian Syria ini dan hanya menerima rawatan perubatan kes-kes yang kritikal.

Dar Al Salama adalah salah satu Pusat Transit Pelarian Syria terutamanya ibu tunggal, kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan kesihatan dan perubatan sebelum dibawa untuk menerima rawatan lanjut di hospital Turki jika perlu.

Kini, Pusat Transit Dar As Salama telah beroperasi sejak 2014 dan dikendalikan sepenuhnya oleh pelarian Syria dan juga disokong oleh badan NGO di Turki. Ia mampu menampung sehingga 40 orang pelarian Syria dalam satu-satu masa dan setakat ini telah menjadi pusat transit sementara untuk lebih 500 pelarian Syria sejak ditubuhkan. Pelarian Syria ini diberi makanan, penginapan transit dan perubatan secara percuma.

Pusat Transit Dar As Salama kini hampir kehabisan dana dan mungkin bakal ditutup operasinya menjelang tahun 2020 sekiranya tiada bantuan dana asing.

Atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, MVM bersama Global Peace Mission dan rakan NGO di Turki, Bonyan Organisation berusaha untuk membantu pusat transit pelarian Syria ini bagi menampung kos operasinya pada tahun 2020.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada Dar Al Salama bagi menampung perbelanjaan kos operasi seperti sewa bangunan, pengurusan, bekalan makanan dan perubatan pusat transit pelarian Syria itu selama setahun,

Maklumat Bantuan:

Jumlah Sasaran Dana yang diperlukan : RM36,000.00

  • 1 Tajaan Umum : RM100 sahaja / keluarga
  • Anda juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu
  • Tarikh tutup sumbangan : 21 September 2019
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
 
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Affin Bank : 1060 2003 8503
  • Email : account@mvm.org.my

Atas keprihatinan dan pengalaman kami merasaikan sendiri keperitan hidup rakyat Syria di negara berperang dan kem-kem pelarian, sekali lagi kami merayu dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu memberi sumbangan ikhlas dan hebahan tentang Bantuan Dana Pusat Transit Pelarian Syria, Dar Al Salama di Kilis, Turki ini.

Sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 

.

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...