Bantuan Dana Perjalanan & Pengurusan Winter Mission : Syria, Here We Come 3.0

RM27,386 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bantuan Dana Perjalanan & Pengurusan Winter Mission : Syria, Here We Come 3.0

In sha Allah, pada 16 - 26 Januari 2019 ini, 6 orang petugas Muslim Volunteer Malaysia akan berangkat ke Kem Pelarian Syria di sempadan Turki - Syria bagi menghantar sendiri bantuan bagi Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0.

Petugas kami terdiri daripada 3 unit yang penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar iaitu 1 petugas dari unit program dan koordinasi, 4 petugas dari unit media dan 1 petugas dari unit sumber manusia.

Setiap unit memainkan peranan seperti berikut :

  1. Program & Koordinasi : Bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan misi berjalan lancar seperti yang dirancang dan bekerjasama dengan rakan NGO dalam dan luar negara yang turut menjayakan misi ini bersama.
  2. Media : Membuat liputan media dan hebahan aktiviti sebelum, semasa dan selepas misi bantuan dijalankan bagi menyampaikan informasi terkini kepada para penyumbang, sukarelawan dan rakyat Malaysia. Unit media terdiri daripada jurufoto, juruvideo dan wartawan media.
  3. Sumber manusia : Bertanggungjawab memastikan pengurusan perjalanan, fasiliti, kewangan dan keselamatan petugas sepanjang misi berlangsung.

Bantu Kami Mengumpul Dana Perjalanan & Pengurusan sebanyak RM30,000

Seperti yang anda sedia maklum, MVM adalah sebuah Non-profit Organisation (NGO) dimana kami perlu mencari dan mengumpul dana bagi menggerakan misi-misi kemanusian dan program kebajikan.

Dana yang diperlukan bukan sahaja untuk dana bantuan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga dana pengurusan yang amat kritikal untuk membolehkan kami menguruskan segala misi dan program yang dirancangkan dengan jayanya.

Hal ini amat penting untuk memastikan segala amanah rakyat Malaysia untuk kami sampaikan kepada saudara pelarian Syria dapat diuruskan dengan baik, jujur dan telus.

Atas sebab ini, kami dengan rendah hati memohon bantuan anda untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos perjalanan dan pengurusan untuk 6 orang petugas MVM menjalankan amanah dan tanggungjawab di Turki dan Syria dengan baik.

Maklumat Bantuan :

Dana RM30,000 ini adalah bagi menampung kos perjalanan, penginapan, dan makanan selama 10 hari misi dijalankan.

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 15 Januari 2019

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan seberapa sahaja yang termampu iaitu RM100, RM50, RM30, RM10 atau seikhlas hati.

Boleh send resit sumbangan ke email account@mvm.org.my dengan subjek "Bantuan Dana Perjalanan Winter Mission 3.0"

atau whatsApp ke 012-237 6854 (Azizi)

Harapan dan Doa kami

Harapan kami agar ramai yang dapat membantu kami dan sama-sama turut serta mendoakan kejayaan misi kali ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...