Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 4.0

RM25,686 of RM40,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Bantuan Dana Perjalanan & Pengurusan Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 4.0

 

In sha Allah, pada 29 Disember 2019 - 6 Januari 2020 ini, 3 orang petugas Muslim Volunteer Malaysia dan Ikon Kemanusiaan MVM iaitu Da'i Izzhar Nazri yang akan berangkat ke Kem Pelarian Syria di sempadan Turki - Syria bagi menghantar sendiri bantuan bagi Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 4.0.

Petugas kami terdiri daripada 3 unit yang penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar iaitu 1 petugas dari unit program dan koordinasi, 1 petugas dari unit media dan 1 petugas dari unit sumber manusia.

Setiap unit memainkan peranan seperti berikut :

  1. Program & Koordinasi : Bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan misi berjalan lancar seperti yang dirancang dan bekerjasama dengan rakan NGO dalam dan luar negara yang turut menjayakan misi ini bersama.
  2. Media : Membuat liputan media dan hebahan aktiviti sebelum, semasa dan selepas misi bantuan dijalankan bagi menyampaikan informasi terkini kepada para penyumbang, sukarelawan dan rakyat Malaysia. Unit media terdiri daripada jurufoto, juruvideo, wartawan media dan juga Ikon Kemanusiaan MVM.
  3. Sumber manusia : Bertanggungjawab memastikan pengurusan perjalanan, fasiliti, kewangan dan keselamatan petugas sepanjang misi berlangsung.

Bantu Kami Mengumpul Dana Perjalanan & Operasi Misi sebanyak RM40,000

Seperti yang anda sedia maklum, MVM adalah sebuah Non-profit Organisation (NGO) dimana kami perlu mengumpul dana bagi menggerakkan misi-misi kemanusian dan program kebajikan.

Dana yang diperlukan bukan sahaja untuk dana bantuan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga dana operasi yang amat kritikal untuk membolehkan kami menguruskan pergerakkan misi bantuan yang telah dirancangkan dengan jayanya.

Hal ini amat penting untuk memastikan segala amanah rakyat Malaysia untuk kami sampaikan kepada saudara pelarian Syria & Palestin dapat diuruskan dengan baik, jujur dan telus.

Atas sebab ini, kami dengan rendah hati memohon bantuan anda untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos perjalanan dan operasi untuk 3 orang petugas MVM dan Ikon Kemanusiaan MVM yang akan menjalankan amanah dan tanggungjawab selama 9 hari di kem-kem pelarian Syria & Palestin, Lubnan.

Maklumat Bantuan :

Dana RM40,000 ini adalah bagi menampung kos perjalanan, penginapan, dan makanan selama 9 hari misi dijalankan.

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 29 Disember 2019

Anda boleh menghulurkan sumbangan seberapa sahaja yang termampu iaitu RM100, RM50, RM30, RM10 atau seikhlas hati.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

Boleh send resit sumbangan ke email account@mvm.org.my dengan subjek "Bantuan Dana Perjalanan Winter Mission 4.0"

atau whatsApp ke 012-235 6854 (Azizi)

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd". 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan dan Doa kami

Harapan kami agar ramai yang dapat membantu kami dan sama-sama turut serta mendoakan kejayaan misi kali ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...