[URGENT] : Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Musim Sejuk Syria 7.0

RM3,111 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Bantuan Dana Perjalanan & Pengurusan Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 7.0

 

In sha Allah, pada  12 Januari - 18 Januari 2023 ini, 5 orang petugas Muslim Volunteer Malaysia dan Ikon Kemanusiaan MVM iaitu Nana Mahazan yang akan berangkat ke Kem Pelarian Syria di Jordan bagi menghantar sendiri bantuan bagi Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 7.0.

Petugas kami terdiri daripada 3 unit yang penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar iaitu 1 petugas dari unit program dan koordinasi, 1 petugas dari unit media dan 1 petugas dari unit sumber manusia.

Setiap unit memainkan peranan seperti berikut :

  1. Program & Koordinasi : Bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan misi berjalan lancar seperti yang dirancang dan bekerjasama dengan rakan NGO dalam dan luar negara yang turut menjayakan misi ini bersama.
  2. Media : Membuat liputan media dan hebahan aktiviti sebelum, semasa dan selepas misi bantuan dijalankan bagi menyampaikan informasi terkini kepada para penyumbang, sukarelawan dan rakyat Malaysia. Unit media terdiri daripada jurufoto, juruvideo, wartawan media dan juga Ikon Kemanusiaan MVM.
  3. Sumber manusia : Bertanggungjawab memastikan pengurusan perjalanan, fasiliti, kewangan dan keselamatan petugas sepanjang misi berlangsung.

Bantu Kami Mengumpul Dana Perjalanan & Operasi Misi sebanyak RM30,000

Seperti yang anda sedia maklum, MVM adalah sebuah Non-profit Organisation (NGO) dimana kami perlu mengumpul dana bagi menggerakkan misi-misi kemanusian dan program kebajikan.

Dana yang diperlukan bukan sahaja untuk dana bantuan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga dana operasi yang amat kritikal untuk membolehkan kami menguruskan pergerakkan misi bantuan yang telah dirancangkan dengan jayanya.

Hal ini amat penting untuk memastikan segala amanah rakyat Malaysia untuk kami sampaikan kepada saudara pelarian Syria & Palestin dapat diuruskan dengan baik, jujur dan telus.

Atas sebab ini, kami dengan rendah hati memohon bantuan anda untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos perjalanan dan operasi untuk 5 orang petugas MVM dan Ikon Kemanusiaan MVM yang akan menjalankan amanah dan tanggungjawab selama 7 hari di Mafraq, Irbid dan Amman, Jordan.

Maklumat Bantuan :

Dana RM30,000 ini adalah bagi menampung kos perjalanan, penginapan, dan makanan selama 7 hari misi dijalankan.

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 18 Januari 2023

Anda boleh menghulurkan sumbangan seberapa sahaja yang termampu iaitu RM100, RM50, RM30, RM10 atau seikhlas hati.

Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Dana Perjalanan Winter Syria

 

Harapan dan Doa kami

Harapan kami agar ramai yang dapat membantu kami dan sama-sama turut serta mendoakan kejayaan misi kali ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

[URGENT] : Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Musim Sejuk Syria 7.0

RM3,111 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00