Bantuan Perniagaan – “Khairul Bangkit Berniaga, Lupa Kesakitan Demi Anak”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Bizstart - “Khairul Bangkit Berniaga, Lupa Kesakitan Demi Anak”

Khairul Nizam merupakan seorang suami kepada Dian Wahyuni, bapa kepada enam orang anak serta datuk kepada seorang cucu. Anak sulung dan keduanya kini yang membantu perbelanjaan mereka sedikit sebanyak kerana Khairul tidak lagi bekerja kerana faktor kesihatan.

Khairul mempunyai masalah komplikasi buah pinggang dan pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang bahunya tercedera. Isterinya juga turut tidak bekerja kerana sibuk menjaga anak-anak mereka yang kebanyakannya masih kecil dan bersekolah.

Faktor sara hidup antara yang membelengu mereka sekeluarga. Walaupun anak sulung mereka sudah berkahwin, namun dia masih belum mampu untuk hidup berdikari bersama suaminya. Tetapi apa yang mengagumkan, Khairul dan Dian sanggup untuk menjaga cucu sulung mereka walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Hasrat Khairul ialah untuk memulakan perniagaan menjual ayam goreng RM 1 sebagai pilihan dalam membantu menjana pendapatan untuk keluarganya.

Isterinya, Dian turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjahit baju wanita dan menjual asam jeruk.

Atas keprihatinan dan melihat kesungguhan Khairul untuk mengubah hidup beliau dan keluarga, kami di MVM membuka peluang kepada anda untuk sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membeli kelengkapan dan peralatan perniagaan bagi memudahkan urusan perniagaan Khairul.

SUDIKAH ANDA BANTU KHAIRUL UNTUK BERNIAGA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP BELIAU DAN KELUARGA?

Alatan perniagaan dan barang yang diperlukan :

  • Kanopi
  • Penapis Ayam
  • Deep Fryer
  • Steel Stall
  • Meja Berniaga
  • Tong Gas
  • Dulang
  • Sudip
  • Penyepit
  • Tepung Ayam Goreng

Jumlah dana yang diperlukan : RM 5,350.00

  • 1 tajaan : RM30

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Email : account@mvm.org.my

Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.

Doakan juga Khairul terus berusaha dan berjaya dalam perniagaan beliau atas asbab bantuan daripada anda dan rakyat Malaysia. In sha Allah.

Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

 

Bantuan Perniagaan – “Khairul Bangkit Berniaga, Lupa Kesakitan Demi Anak”

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.